Keindahan Islam Disebarkan Apabila Pemain Muslim Warnai Liga Bola Sepak England

0
568

TANPA dirancang, bola sepak di England kini diwarnai pemain-pemain Muslim di mana situasi yang jarang sebegini bukan menjadi kebiasaan di negara itu pada suatu masa dahulu.

Lebih menarik, mereka turut menjadi pujaan penyokong kelab masing-masing berdasarkan prestasi yang ditunjukkan dan tiada langsung unsur Islamophobia atau diskriminasi kepada pemain-pemain ini.

Buat masa ini, nama-nama besar seperti Mohamed Salah, Paul Pogba dan Mesut Ozil merupakan pemain-pemain beragama Islam yang disanjung tinggi oleh penyokong tegar kelab mereka.

pemain bola liga eropah, pemain bola muslim liga eropah, pemain bola muslim, pemain bola sujud syukur, pemain bola menadah tangan, pemain bola orang Islam

Pemain yang telah memberi impak paling besar kepada penyokong kelab yang diwakili tentunya adalah Salah, pemain yang digelar sebagai Egyptian King oleh penyokong Liverpool.

Prestasi membanggakan Salah musim ini telah menyebabkan penyokong Liverpool mengubah suai lirik lagu Sit Down dendangan kumpulan James dengan lirik mahu ikut Salah ke masjid.

Kehadiran pemain beragama Islam dalam kancah Liga Perdana Inggeris ini membayangkan satu toleransi serta keterbukaan masyarakat Eropah kepada penganut Islam melalui sukan bola sepak.

Perkembangan ini sememangnya sangat positif memandangkan keadaan yang berlaku di seluruh dunia di mana ancaman kebencian akibat Islamophobia masih berleluasa.

pemain bola liga eropah, pemain bola muslim liga eropah, pemain bola muslim, pemain bola sujud syukur, pemain bola menadah tangan, pemain bola orang Islam

Sebelum ini, dunia bola sepak sering dibayangi oleh isu perkauman apabila pemain berkulit hitam sering menjadi mangsa cemuhan masyarakat kulit putih.

Malah isu tersebut kini membayangi Piala Dunia 2018 yang bakal berlangsung di Rusia Jun depan apabila penyokong bola sepak negara itu sinonim dengan kelakuan rasis terhadap pemain berkulit hitam.

Bagaimanapun, situasi itu bukanlah menjadi masalah di England dengan kehadiran ramai pemain berkulit hitam dan juga pemain dari pelbagai agama dan bangsa dari seluruh pelusuk dunia yang bermain dalam liga di negara itu.

pemain bola liga eropah, pemain bola muslim liga eropah, pemain bola muslim, pemain bola sujud syukur, pemain bola menadah tangan, pemain bola orang Islam

Yang lebih membanggakan, aksi melakukan sujud syukur selepas menjaringkan gol atau pun menadah tangan berdoa kini telah menjadi satu kebiasaan dan bukan lagi suatu perkara aneh buat masyarakat England sejak kehadiran pemain-pemain Muslim ini.

Selain Salah, Pogba dan Ozil, terdapat ramai lagi pemain beragama Islam yang diberi keyakinan beraksi bersama pasukan EPL dan kelakuan mereka juga memeberikan contoh baik kepada penyokong di England.

Sebagai contoh, Salah dan rakan sepasukannya di Liverpool, Sadio Mane lebih cenderung untuk melakukan sujud syukur selepas menjaringkan gol.

pemain bola liga eropah, pemain bola muslim liga eropah, pemain bola muslim, pemain bola sujud syukur, pemain bola menadah tangan, pemain bola orang Islam

Selain mereka, Pogba terkenal dengan tindakannya menderma sebahagian besar daripada gajinya kepada pertubuhan amal, selain pemain Leicester City, Riyad Mahrez yang juga diketahui berbuat demikian.

Antara pemain beragama Islam yang mewarnai saingan EPL kini termasuklah N’Golo Kante (Chelsea), Yaya Toure (Manchester City), Islam Slimani (Newcastle), Marouane Fellaini (Manchester United) dan Shkodran Mustafi (Arsenal).pemain bola liga eropah, pemain bola muslim liga eropah, pemain bola muslim, pemain bola sujud syukur, pemain bola menadah tangan, pemain bola orang Islam

Antara pemain Muslim yang beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Melalui satu artikel yang ditulis aktivis dan penulis, Nabila Ramdani di The Guardian, pemain beragama Islam yang beraksi di England boleh dianggap sebagai contoh kepada industri yang bernilai puluhan bilion pound itu.

Dalam tulisannya, Nabila berkata di saat sesetengah mereka tampil megah mempersembahkan tatu atau fesyen rambut masing-masing, segelintir yang lain pula berkongsi gambar mereka menunaikan ibadah Umrah atau Haji atau membaca kitab Al-Quran.

pemain bola liga eropah, pemain bola muslim liga eropah, pemain bola muslim, pemain bola sujud syukur, pemain bola menadah tangan, pemain bola orang Islam

Imej yang ditampilkan mereka bercanggah dengan dakwaan negatif penyokong kumpulan Football Lads Alliance (FLA) yang bersatu atas kebencian terhadap pemain beragama Islam.

Jelas Nabila, FLA masih gagal keluar daripada era mengejek dan mencemuh pemain berkulit hitam dengan bunyi seperti monyet atau pun kata-kata kesat kepada pemain yang dibenci.

“FLA biasanya bersama-sama kumpulan English Defence League yang kononnya setia kepada Angkatan Tentera Britain, namun ramai anggota mereka meringkuk di dalam penjara atas pelbagai kesalahan jenayah, termasuk keganasan melampau,” katanya dalam artikel tersebut.

Dalam pada itu, Nabila turut menambah bahawa lambakan pemain beragama Islam dalam saingan EPL telah mematikan tuduhan bahawa sikap ekstremis hanya datang daripada agama Islam.

 

“Mereka sama sekali enggan mengakui pembunuh dan pengganas juga dilakukan orang kulit putih yang radikal dan tidak berlengah menyalahkan Islam sebaik saja ada peluang berbuat demikian,” katanya.

Situasi ini sebenarnya sangat membanggakan buat penganut agama Islam seluruh dunia terutama sekali bagi peminat bola sepak.

Ia sekaligus menunjukkan bahawa bola sepak kini tidak melihat daripada warna kulit atau agama dan setiap orang berpeluang bersaing dalam peringkat tertinggi sekiranya mempunyai bakat.

Dalam tidak sedar, pemain-pemain ini sebenarnya telah melakukan dakwah dan menunjukkan contoh baik seorang Muslim kepada seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here