Pelancong China Buat Hal Lagi, Kencing Di Surau MRT

0
676

Kisah pelancong China yang membuat onar di negara yang dikunjungi bukan lagi perkara baru yang hangat diperkatakan.

Disebabkan sikap mereka yang tidak bertimbang rasa dan pengotor, banyak negara yang kurang senang dengan kedatangan mereka.

Terbaru, dua pelancong China ini seperti tidak menghormati agama lain apabila bertindak membuang air kecil di tempat wuduk di surau MRT.

Kejadian dipercayai berlaku di stesen MRT Phileo Damansara pada 21 Mac lalu itu, dirakam oleh seorang netizen dan bertindak memuat naik gambar tersebut di laman Twitter.

“Dua lelaki dipercayai pelancong China bertindak kencing di tempat wuduk surau lelaki walaupun sudah ditegur untuk tidak melakukannya. Terima kasih kepada pihak Polis Bantuan di atas tindakan pantas mereka.

Berikutan kejadian itu, rata-rata netizen meminta agar pihak Rapid KL membuat penambahbaikan untuk memberpanyakkan lagi kamera litar tertutup untuk mengelakkan kejadian seperti itu terjadi lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here