Netizen Terharu Lihat Pelajar Hormat ‘Pak Guard’, Salam Sebelum Masuk Sekolah.

0
3300
hormat

Setiap orang layak untuk dihormati, tidak kiralah besar atau kecil pangkatnya, adab sesama kita perlulah dijaga agar dapat membentuk satu masyarakat yang harmoni.

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan situasi rutin harian di sebuah sekolah, apabila dilihat semua pelajar berjabat salam dengan pengawal keselamatan sebelum memasuki sekolah membuatkan ramai berasa terharu.

Hormat tidak kira siapa…

Difahamkan, pihak sekolah tersebut sememangnya memupuk semangat saling hormat-menghormati terhadap para pelajar, kepada kakitangan sekolah termasuk pengawal keselamatan.

Dapat diperhatikan menerusi video, satu didikan yang baik diterapkan kepada pelajar ini, apabila para pelajar menunjukkan rasa hormat kepada pengawal keselamatan yang setiap hari menyambut kedatangan mereka ke sekolah.

Tahniah cikgu2 berjaya didik anak murid

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, rata-ratanya memuji budaya yang diterapkan oleh pihak sekolah berkenaan.

hormat

Budaya yang harus dipuji

hormat

Pupuk rasa hormat…

Pak guard pun rasa dihargai…

Walaupun hanyalah berjabat tangan dan memberi salam, sudah semestinya ia cukup membuatkan pengawal keselamatan berasa seperti dihargai.

Sumber : Azwan Mahmin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here