Ini 5 Sebab Kenapa Pasaraya Giant Seksyen 18 Ditutup Pada 27 June Lepas

1
18517

Berita penutupan beberapa cawangan pasaraya Giant tidak kira premis bersaiz mini, sederhana atau store besar menjadi liputan penting beberapa tahun ini.

Ramai berminat mengkaitkannya dengan keadaan ekonomi dan politik negara, malahan isu ini menjadi punca pergaduhan netizen yang lebih suka menuding jari kepada sesiapa sahaja dengan melibatkan isu bangsa dan agama.

Sebelum kita mengupas isu penutupan pasaraya Giant sejak tahun 2017, kita perlu mengetahui sejarah pasaraya ini yang dipanggil sebagai produk Malaysia.pasaraya giant

Sejarah Pasaraya GIANT

Jenama gedung Giant ditubuhkan oleh keluarga Teng sebagai sebuah kedai runcit kecil dalam salah satu kawasan pinggir bandar di Kuala Lumpur pada tahun 1944. Misinya ialah untuk menawarkan pelbagai produk pada harga yang serendah mampu. Oleh sebab reputasinya bertumbuh, begitu juga dengan perniagaannya.

Dairy Farm International Holdings yang membeli Giant pada tahun 1999, mengakui bahawa kunci kejayaan Giant sekian lama merupakan kebolehannya untuk terus menawarkan produk yang nilainya setimpal dengan harga. Ia mengekalkan prinsip teras ini sungguhpun ketika mengubah wajah Giant menjadi jenama kebangsaan dan antarabangsa.

Setelah usaha enam tahun peningkatan mutu operasi, Dairy Farm telah menjadikan Giant sebagai peneraju yang tidak tercabar dalam sektor peruncitan Malaysia. Pada 1999, gedung Giant Hypermarket pertama dibuka di Shah Alam, Selangor.

Kenapa Pasaraya Giant Menutup Banyak Cawangan:

1. Langkah Penjimatan

Sedia maklum perniagaan runcitan biasanya tidak membeli bangunan perniagaan mereka dan biasanya ia disewa melalui perjanjian pajakan premis. Apabila sektor runcit Malaysia menghadapi kemerosotan jualan kerana pengguna mula berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Maka adalah wajar untuk mengurangkan kos operasi dengan menutup mana-mana cawangan yang tidak mencapai target. Jika rundingan dengan pemilik bangunan berkaitan kadar sewa gagal, pasaraya Giant mengambil langkah mengecilkan saiz pasar raya besar memandangkan trend pengguna kini yang lebih gemar membeli secara dalam talian.

2. Persaingan Harga

Syarikat yang berusia 73 tahun itu sinonim dengan jualan barang runcit yang menawarkan harga rendah. Bagaimanapun, selain daripada melawan corak perbelanjaan pengguna yang lemah, rangkaian pasaraya itu juga menghadapi persaingan daripada peruncit baru di pasaran.

Selain dari Giant di seksyen 18, pasaraya seperti Mydin menawarkan harga lebih berpatutan dan bahan mentah yang lebih segar dari Giant. Meskipun Mydin mempunyai masalah dari segi tempat letak kenderaan tetapi kerana harga dan produk yang ditawarkan lebih tertumpu kepada keperluan keluarga ianya menjadi pilihan ramai.

Dari segi jualan barang keperluan seharian kemunculan Mr.DIY, Speedmart dan Pasaraya KK yang beroperasi 24jam memberi kan lebih banyak pilihan dengan harga yang tak boleh dilawan oleh pasaraya Giant. Untuk beberapa produk keperluan keupayaan pasaraya speedmart menambah stok lebih laju, bagi pelanggan yang mahukan harga lebih murah mereka sanggup menunggu.

Barangan seperti pakaian pula didominasi oleh banyak kedai pakaian seperti Pasaraya Hari-Hari dan juga Mydin. Jika sebelum ini jualan pakaian meningkat semasa musim sesi persekolahan baru atau hari raya, kini tidak lagi kerana ramai pengguna lebih tertumpu di Pasaraya Hari-Hari dan Mydin. Lambakan kedai pakaian lain juga yang menawarkan pilihan yang lebih terkini berbanding Giant.

3. Masalah Tempat Letak Kereta

Tempat letak kereta berhadapan dengan Pasaraya Giant sentiasa penuh dan sukar untuk mendapatkan parking tidak kira peak hour atau tidak. Bayangkan jika kita berniat nak membeli barang di Pasaraya Giant tapi perlu berpusing-pusing banyak kali tak pun menunggu sehingga ada kereta lain keluar. Kebarangkalian nak dapat parking tu memang rendah.

Ini mungkin kerana yang parking kereta di situ bukan lah pelanggan pasaraya Giant, tempat letak kereta bukanlah hak Giant jadi sesiapa sahaja boleh parking kereta disitu dengan syarat membayar tiket parking MBSA 🙂

4. Boikot Pasaraya Giant

Terlalu banyak isu yang dibiarkan oleh Pasaraya Giant hingga menjadi punca Pasaraya ini diboikot. Antaranya isu penipuan harga, pekerja samseng, pekerja yang tidak terlatih dan biadap dengan pelanggan, isu membenarkan “free tasting dan sampling” arak di tempat awam.

Lebih teruk lagi keberanian mereka mencetak dan menjual alas kaki berlogo PAS, penghinaan yang begitu nyata dilakukan pasaraya berkenaan terhadap sebuah parti yang memiliki lebih sejuta ahli di negara ini.

Lebih mengecewakan Pasaraya Giant selalu memberikan notis lambat tentang penutupan premis mereka jadi ini merugikan penyewa-penyewa lain di dalam premis yang sama. Terdapat pelbagai jenis perniagaan dijalankan para peniaga lain menerusi kiosk, petak niaga serta premis kekal seperti kuih-muih, alat telekomunikasi dan pakaian.

Sedia maklum, di Seksyen 18 dan sekitarnya populasi penduduk Melayu sangat tinggi jadi proses memboikot ini memberikan impak yang cukup besar kepada Pasaraya Giant.

5. Tidak Mampu Bersaing Dengan Perniagaan Online

Sekarang ramai pelanggan lebih suka membeli barang secara online, malahan pasaraya seperti Tesco juga menawarkan pembelian barangan basah secara online. Mr.DIY juga merebut peluang market yang lebih besar dengan menawarkan jualan secara atas talian. Pasaraya Giant yang masih belum “move on” dengan kejayaan mereka selama ini menguasai sektor peruncitan semakin ketinggalan.

Ini hanyalah pendapat peribadi dari penulis yang merupakan peduduk tetap di Shah Alam. Jatuh bangun dalam bisnes adalah lumrah tidak kira betapa besar dan gah perniagaan tersebut. Kita melihat contoh perniagaan Kodak yang tewas kepada dunia digital kerana kelembapan mereka bersaing dan selesa dengan cara lama.

Apakah nasib pekerja pasaraya Giant dan penyewa yang lain? Sebagai seorang muslim percayalah rezeki ada dimana-mana kadang kala Allah ingin gantikan dengan rezeki yang lebih baik.

p.s – Rindu plak dengan mesin mainan bergoyang-goyang tu bila kita masukkan duit. Sekarang banyak di gantikan dengan mesin urut plak. 🙂

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here