Jika Pasangan Anda Seiras, Ada Maksud Di Sebaliknya. Pakar Psikiatri Ini Bongkar 6 Rahsianya

0
10083
seiras

Orang kata kalau pasangan muka seiras ini, jodoh mereka kuat. Sebenarnya tak dapat dipastikan sama ada fakta itu sahih atau tidak namun ternyata ramai yang mempercayai perkara tersebut. Sebab itu jugalah ramai yang terikut-ikut nak cari pasangan muka seiras ni, kononnya sebab nak jodoh kuatlah.

Jika sudah tertulis jodoh anda dengan seseorang yang berwajah seiras, maka itulah rezeki anda. Apa-apa pun, paling penting adalah kebahagiaan dalam sesuatu perhubungan.

Tahukah anda, ada kajian yang dibuat mengenai pasangan yang berwajah seiras. Menarik bukan?

Menurut seorang pakar psikiatri, Dr Ahmad Rostam Md Zain yang telah menulis perkongsian tersebut di laman Twitter miliknya menerangkan dengan lebih jelas mengenai isu tersebut.seiras

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat hampir 8 ribu ulang kicau dan juga lebih 7 ribu tanda suka.

FAKTA MENARIK MENGAPA PASANGAN KELIHATAN SEIRAS

Sudah tentu kita kerap kali terjumpa pasangan yg sudah kahwin kelihatan seiras & hampir serupa. Kalau xkenal, mungkin ada yg akan kata mereka kembar @ bersaudara sedangkan mereka sebenarnya x. Sains ada jawapannya.

1. Kajian yg dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita @ iras dengan ibu ayah kita sendiri.

2. Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yg mempunyai ciri fizikal & strata sosial yg setara.

3. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan & gaya yg sama yg menunjukkan ikatan emosi yang selesa & saling percaya.

4. Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama jadi xhairanlah jika seorang sakit, yg 1 lagi juga bakal xsihat.

5. Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi & cabaran yg sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yg sama.

6. Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, > tinggi tahap kegembiraan & kebahagian yg dialami oleh 1-1 pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan.

Sweet, kan? Sungguh, bahagia boleh dilihat, dirasa dan dikongsi. Jadi anda mahu #pilihsihat.Pilihlah untuk bahagia. #MedTweetMY

Susulan itu, ramai yang tertarik dengan perkongsian tersebut dan berkongsi foto bersama pasangan mereka di ruangan komen

Wow! Maknanya betul lah fakta berkaitan pasangan seiras ni kan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here