Panggilan ‘Makcik,Kakak, Abang’ Di Tempat Kerja Tak Kena Tempat

0
3853
panggilan

Bila awal-awal masuk kerja mesti sangat keliru kan nak panggil rakan sekerja tu dengan pangkat panggilan apa?

“Makcik, Ina nak pergi lunch! Jom,” tambah Ina.
“Kakak.. Draf kertas kerja tu dah siap ke?”, ujar Shima.
“Abang Mail, Kak Rina minta masuk bilik dia sekarang,” kata Maya.

Jadi semua situasi di atas berlaku didalam sebuah pejabat.Tak terbatas pada kaum hawa sahaja, lelaki pun turut sama menggunakan gelaran ini.

Adakah takut atas faktor usia yang masih muda, lalu disapa rakan kerja lain dengan panggilan ‘abang’ atau ‘kakak’? Atau adakah sekadar menghormati rakan kerja lain dengan sapaan begitu? Tidaklah penulis tahu.panggilan

Contoh kedua:

Pelayan (berpangkat makcik) : Nak minum air apa abang?
Budak x : Saya ni masih sekolah lagi makcik.
Pelayan (berpangkat makcik) : Makcik tau..kalau lelaki semua makcik panggil abang..kalau perempuan makcik panggil kakak. Sebab makcik taktau nama..takkan makcik nak panggil hoi pulak..

**tak boleh kah jika makcik tersebut memanggil adik? Dan mengapa pula dengan memanggil adik dilihat seperti suatu yang tak hormat.

PANGGILAN YANG SESUAI UNTUK RAKAN SEKERJA

Itu jika kita ambil contoh di gerai makan, namun jika situasinya di tempat kerja? Adakah panggilan kakak, abang, makcik ini perlu juga disertakan dalam bilik mesyuarat? Meluncur laju ketika pengagihan tugas?

Ditambah dengan usaha kerajaan meningkatkan umur persaraan kepada 60 tahun, tidak dinafikan jurang umur yang besar ada kalanya beza umur pekerja lama dengan baru mencecah 20 tahun atau lebih.

Namun, dalam pada gelaran sebegini, ia sedikit sebanyak menyebabkan ada sebilangan dari kita merasa tidak enak dan panas hati dengan gelaran ini.

“Eh kau ni, aku ng kau beza bulan je kot… nak kakak-kakak kenapa,” gumam Liyana.
“Laa.. makcik ke dia panggil aku, tua sangat ke aku ni..’ Kata nora dalam hati.

Panggilan tidak rasmi sebegini sedikit sebanyak mencacatkan susana di tempat kerja. Lainlah kalau hubungan kekeluargaan, ia sememangnya menggambarkan keakraban.

Perlu diingatkan gelaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan personaliti seseorang. Dengan gelaran, gelaran meningkatkan keyakinan diri ditambah ditempat kerja. Ia menjelaskan status dan standard.

Mungkin niat pemanggil adalah berlandaskan dasar hormat, namun jika penerima panggilan tersebut tidak menggemarinya, adakah ia masih dikira hormat?

Walaubagaimanapun, penulis berpendapat panggilan kakak,makcik,abang perlu dielakkan untuk mengekalkan profesionalisma di tempat kerja.

Ini akan menampakkan si pemanggil itu seperti sedikit ‘kekampungan’ kerana membawa panggilan tak rasmi di tempat kerja. Lebih tak kena jika si pemanggil nampak lebih tua dari yang dipanggil.

Jika dilihat, panggilan ‘kakak,makcik,abang’ ini kebanyakkannya digunakan bagi pekerja peringkat sokongan dan ke bawah.Mungkin atas faktor pendidikan rendah menyebabkan mereka terbawa-bawa panggilan tak rasmi ini.

Cukup dengan panggilan, cik, puan, tuan, encik untuk menyapa mereka. Namun jika mereka sendiri yang mahu disapa kakak ataupun makcik, barulah kita panggil.

Walaupun tiada panduan khusus untuk gelaran tak rasmi ini, penulis berpendapat, gelaran ‘kakak’ misalnya boleh (jika mahu digunakan) disapa untuk mereka yang berbeza umur 5 tahun dan ke atas. Jika berbeza hanya 2,3 tahun tidak memberi impak besar atas beza umur kamu.

Dan elakkan (selagi termampu), untuk menyapa dengan panggilan ‘makcik’ di tempat kerja, kerana ia mencacatkan suasana. Cukup sehingga gelaran ‘kakak’.

Apapun, panggilan tidak rasmi ini harus dikurangkan supaya profesionalisma di tempat kerja dapat ditingkatkan serta mewujudkan suasana kerja yang harmoni.Biar apa pun gelarannya, semoga tiada yang bermasam muka dek kerana gelaran!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here