Malaysia Pandang Rendah Kereta Proton Tapi di UK Ketahanannya Di Puji

0
673
proton

Sebut mengenai model pertama kereta Proton, pasti ramai yang cukup ingat dengan model Proton Saga yang menjadi lambang kebanggaan negara sekitar tahun 80-an.

Model yang dilancarkan di Malaysia pada tahun 1985 ini mulai diekspot ke United Kingdon (UK) empat tahun selepas dilancarkan iaitu pada Mac 1989.

Seperti kebiasaan, model yang hadir dengan harga yang rendah ini seringkali menjadi jenaka beberapa reviewer di UK.

Selain itu, model kereta ini juga turut dijadikan prop dalam siri Mr.Bean.

Perkongsian Model Terawal Kereta Proton

Bagaimanapun, perkongsian daripada Facebook Practical Classics baru-baru ini membuktikan sebaliknya apabila Proton Saga serta beberapa model terawal Proton yang diekspot ke UK berjaya menerima pujian daripada penduduk di UK.

kereta protonHadir dengan harga yang rendah, model ini dikatakan masih mampu beroperasi dengan baik selepas tiga dekad.

Bukan itu sahaja, terdapat penduduk UK yang bercita-cita untuk mengumpul model terawal Proton sebagai koleksi.

Difahamkan model terawal Proton Saga yang diekspot juga berjaya dijual dengan laris pada tahun model ini mulai diekspot sekaligus menggugat beberapa pasaran jenama-jenama lain seperti Yugo, Lada dan Skoda ketika itu.

kereta protonKomen-komen daripada netizen di UK ini secara tidak langsung berjaya membuatkan orang ramai di Malaysia berbangga dengan jenama ini.

Berdasarkan pelan terbaru kereta Proton, agak menarik untuk menyaksikan sekiranya jenama ini bakal membuat comeback untuk pasaran di UK.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here