Pak Li Medicated Plaster dikesan mengandungi racun Diphenhydramine – KKM

0
522
plaster

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah membatalkan pendaftaran produk plaster tradisional jenama Pak Li Medicated Plaster yang mengandungi racun terlarang.

Pembatalan pada 5 Disember lalu adalah berikutan penemuan racun berjadual diphenhydramine yang merupakan sejenis antihistamin dalam produk berkenaan.

Bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952 ini hanya boleh diperoleh melalui doktor atau ahli farmasi.

Bahan yang digunakan medicated plaster untuk melegakan reaksi alahan ini mempunyai kesan sampingan apabila digunakan secara topical iaitu ruam, gatal-gatal serta peningkatan kepekaan terhadap cahaya.

Penjualan dan pengedaran produk ini adalah bertentangan dengan Akta Jualan Dadah 1952 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Pesalah boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Sementara itu bagi kesalahan berikutnya, pesalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda hingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Orang awam yang menggunakan produk plaster ini dinasihatkan agar menghentikan penggunaan dengan kadar segera dan dapatkan nasihat dari profesional kesihatan jika mengalami sebarang kesan sampingan.

Untuk semakan status pendaftaran produk, layari laman Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) atau muat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store.

Orang awam boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang  atau memuat turun aplikasi ‘NPRA Product Status’ daripada Google Play Store.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here