Nak Anak Berkembang Dengan Baik? Doktor Ini Pesan Tolong Minta Suami Buat 5 Benda Ni Demi Kebaikkan Anak Anda

0
324

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam menguruskan rumah tangga dan anak-anak, si isteri lebih banyak memainkan peranan. Terutama jika anak yang diuruskan itu baru dilahirkan dan memerlukan perhatian khusus dari ibunya. Dari soal penyediaan makanan, memberi anak tidur dan soal kebersihan diri anak-anak, si isterilah yang lebih banyak memerah tenaga.

Walaupun suami turut memainkan peranan sebagai pencari rezeki, untuk menyediakan segala kemudahan untuk keluarganya. Namun dalam dunia moden hari ini, hampir kesemua pasangan suami isteri ada kerjaya masing-masing untuk saling memabantu. Jadi apa salahnya anda sebagai suami turut menghulurkan tangan membantu isteri anda dalam menguruskan rumah tangga dan anak-anak pula kan.

Seperti yang dikongsi oleh Dr. Taufiq Razif ini, hubungan suami dengan anak-anak yang lebih erat sebenarnya memberi banyak manfaat kepada perkembangan anak tersebut.

Jadi, ini dia 5 cara yang anda sebagai isteri boleh ajarkan pada suami untuk mengeratkan hubungan antara anak dengan ayahnya.

Tolong Minta Suami Buat 5 Benda Ni Demi Kebaikan Anak Kita

Rupanya ramai yang tak tahu betapa dasyatnya efek seorang ayah kepada anaknya sendiri!

Mengikut kajian, ayah yang supportive, caring dan penyayang ni akan memberikan efek baik pada :

1. Kognitif anak

2. Akademik anak

3. Emosi anak

4. Rasa yakin diri anak

5. Dan banyak lagi

Ada 5 cara untuk bagi bonding tu kuat antara anak kita dengan ayahnya :

1. Ajar suami kita tukar lampin bayi

Nampak simple tapi benda ni akan menguatkan ikatan emosi antara si ayah dan baby yang baru lahir.

Kesusahan si ayah menukar lampin anaknya la nanti yang membuatkan si ayah lebih menghargai kelahiran anaknya sendiri.

2. Sesekali bagi suami kita suap anak

Suap anak sendiri mengajar suami kita erti empati.

Setiap anak mempunyai kemahuan yang berbeza. Ada yang nak suka disuap nasi kosong, ada yang suka disuap nasi dengan kicap, ada yang suka disuap nasi dalam kuantiti yang sedikit, ada juga yang suka dalam kuantiti yang banyak.

Semua benda ni membuatkan si ayah jadi lebih sensitif dengan kemahuan dan keperluan anak anaknya.

3. Sesekali bagi suami kita tidurkan anak

Setiap rengekan anak membawa maksud yang berbeza.

Ada rengekan lapar, ada rengekan tak selesa, ada rengekan kembung perut dan ada rengekan mengantuk.

Semua rengekan tu melatih si suami mengenal emosi dan komunikasi anaknya sendiri. Ayah yang mengenal baik anaknya sendiri pastilah akan mempunyai ikatan emosi yang lebih kuat nanti.

4. Ajar suami berikan minimum 8 pelukan sehari kepada anaknya

Nasihat daripada Family Therapist terkenal Virginia Satir, seorang anak perlukan 8 pelukan sehari untuk survive dan 12 pelukan sehari untuk berkembang dan membesar.

5. Jauhkan smartphone bila berhadapan dengan anak

Emosi anak mudah tercedera dan merasa dipinggirkan bila si ayah memilih screen-contact berbanding eye-contact bila berhadapan dengan anaknya.

Tabung emosi anak kita sangat mudah berkurang dan bocor bila kita larut dalam kesibukan harian, kurang ciuman dan pelukan, balik kerja dengan membawa stres dan bebanan dan suasana rumahtangga yang kaku dan penuh tekanan.

Padahal yang anak perlukan daripada seorang ayah adalah tatapan mata ( eye contact ), pelukan dan pujian daripada sosok seorang ayah untuk memenuhkan tabung emosinya supaya anak kita lebih stabil jiwa dan emosinya.

Mak ayah pun lebih kurang tekanan bila anak anak stabil emosi, jiwa dan perasaan.

Yang saya perasan, ramai sangat tak tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu pada mak ayah ataupun pasangan yang belum tahu ye.

p/s : Minta tolong sangat join Telegram Channel saya ni kalau memang betul-betul rasa diri masih kurang ilmu mendidik anak-anak. Dalam tu ada lebih daripada 90 Ribu orang yang serius nak belajar cara nak didik anak. Klik je link ni ye t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber : Dr. Taufiq Razif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here