Myvi Tersekat Dihalang MPV, Mujur Ramai Abang Sado Datang Tolong

0
6213
myvi

Sikap segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab meletakkan kereta sehingga menghalang laluan keluar kenderaan lain atau ‘double-park’ memang amat menyusahkan.

Lebih-lebih lagi apabila pemandu kenderaan yang dihalang ada urusan mustahak atau kecemasan dan pada masa sama, pemilik kereta yang menghalang laluan gagal dikesan.

myvi

 

Seorang lelaki meletakkan jek di bawah MPV bagi memudahkan kenderaan itu dialihkan.

Myvi Kena Double Park, Owner Tak Tinggalkan No Phone

Situasi yang menyakitkan hati itu dialami oleh seorang pemandu Perodua Myvi di tempat letak kereta di lokasi yang tidak dapat dikenal pasti.

Berdasarkan rakaman video yang tular dalam media sosial termasuk laman Facebook Sukan Star TV, kelihatan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) menghalang laluan keluar Perodua Myvi tersebut.

Nasib baik ade abam2 sado datang tolong

Menyusahkan orang jer.. Nasib baik ade abam2 sado datang tolong

Posted by Sukan Star TV – sstv.my on Tuesday, 12 November 2019

Tidak berapa lama kemudian, datang sekumpulan lelaki membawa jek yang seterusnya digunakan untuk menaikkan badan MPV berkenaan.

Setelah beberapa kali mengubah kedudukan jek, mereka akhirnya menemukan posisi terbaik yang membolehkan MPV terbabit dialihkan.myvi dialihkan

Myvi dapat keluar setelah MPV dialihkan. Kredit foto: Facebook

Dalam video yang dipercayai dirakamkan oleh seorang penduduk di kawasan itu, seramai 11 lelaki dilihat menolak MPV berkenaan dalam jarak beberapa meter dari kedudukan asal.

Usaha itu mengambil masa kira-kira enam minit namun sepanjang tempoh tersebut, pemilik MPV langsung tidak tampil mengalihkan kenderaannya.

Bagaimana pula reaksi netizen setelah melihat rakaman video itu?

Memang ada ketikanya kita tak dapat mengelak daripada melakukan ‘double-park’ tetapi sekurang-kurangnya jadilah pemandu yang beradab dengan meninggalkan nombor telefon pada papan pemuka kenderaan supaya mudah dihubungi oleh pemandu lain yang nak keluar dari ruang parking.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here