Murid Ikrar Sumpah Sambil Nyala Lilin, Netizen Persoal Mana Pergi Guru2 Islam?

0
5746
sumpah

Netizen mempersoalkan tindakan sekumpulan murid perempuan yang mengadakan majlis ikrar sumpah sambil menyalakan lilin pada minggu lalu di sebuah sekolah mubaligh di George Town, Pulau Pinang.

Aktivis politik, Muhsin Latheef berkongsi beberapa keping gambar di Facebook yang kelihatan kira-kira 30 orang murid terbabit mengangkat sumpah manakala sebelah lagi tangan mereka memegang sebatang lilin yang menyala.

Menurut Muhsin, sekolah yang majoriti pelajar dan guru beragama Islam itu turut tidak mengadakan bacaan doa Islam pada awal majlis sebaliknya diganti dengan bacaan doa lain oleh seorang wakil gereja kerana mendakwa institusi tersebut adalah milik Kristian.

Majlis yang berlangsung di sebuah dewan sekolah itu juga turut dihadiri ibu bapa murid beragama Islam bagi meraikan kejayaan anak masing-masing.

Muhsin berkata, perkara itu sekaligus bertentangan dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan menyekat kepercayaan agama lain di kalangan orang yang menganuti agama Islam adalah salah di sisi undang- undang.

Kejadian ikrar sumpah dengan menggunakan lilin berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mempersoalkan penglibatan pihak bertanggungjawab dan ibu bapa yang seakan-akan tidak mengambil kisah mengenai perkara itu.

Mana cikgu2 Muslim semua?

sumpah

Butakah mata anda?sumpah

Pihak tertentu kena pantau!bersumpah

 

Dulu2 paderi hormat pelajar Muslim

bersumpah

Takde sampai berlilin2 macam ni

Terdapat juga segelintir netizen meluahkan rasa bimbang mereka terhadap akidah anak-anak Melayu yang boleh terpesong sekiranya kurang didikan agama.

Sama2 la banteras

Menyerupai sesuatu kaum

Manusia akhir zaman

Boleh cetus huru hara!sumpah

Sumber : Youtube , Muhsin Latheef

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here