Mulai Tahun 2020 Sijil Lahir, My Kad, Daftar Kahwin Perlu Dibuat Secara Online

0
6761
tahun 2020

Bermula tahun 2020, pendaftaran Sijil Lahir, MyKad dan Daftar Kahwin semuanya akan dibuat secara online. Bukan sahaja mudah kerana anda tak payah beratur panjang sepanjang hari, apa yang penting adalah segalanya berada hanya dihujung jari.

BERMULA TAHUN 2020 SIJIL LAHIR, MYKAD DAN DAFTAR KAHWIN SEMUA BUAT ONLINE

tahun 2020

“In line with the advancement in technology, JPN is also taking a step forward to improve and enhance services provided to the people,” Kata beliau dalam Sambutan Hari Jabatan Pendaftaran Negara 2019.

(Selari dengan perkembangan teknologi, Jabatan Pendaftaran Negara juga mengambil langkah untuk menambah baik servis untuk orang awam)

tahun 2020

Selain itu, JPN juga akan melaksanakan sistem pendaftaran untuk sijil kematian atas talian.

“This means once a death is reported to the police, it will automatically register in our records through an online integration programme with them (police).”

(Ini bermakna, apabila laporan kematian dilaporkan kepada polis, ia akan secara automatik didaftarkan di dalam sistem JPN)

Kemudahan atas talian ini dijangka akan berkuatkuasa bermula tahun depan, namun anda tetap perlu ke Pejabatan Pendaftaran Negara untuk mengambil dokumen setelah ianya siap diproses.

Jadi bagi mereka yang bakal melahirkan anak atau mengikat tali perkahwinan pada tahun 2020 ini salah satu usaha untuk memudahkan urusan anda semua.

Sumber : NST

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here