Sudah Minum Kopi Kenapa Mata Masih Mengantuk? Ini Sebabnya

1
1475
minum kopi

Kopi memainkan peranan penting dalam membentuk dan mengubah pelbagai budaya meminum minuman panas di serata pelusuk dunia. Lebih dikenali sebagai ‘kopi’ di Malaysia, minuman ini pertama kali diperkenalkan sewaktu pembukaan kedai-kedai ‘kopitiam’ (‘kopi’ diambil dari Bahasa Melayu dan ‘tiam’ bermaksud kedai dalam dialek Hokkien) bermula di zaman penjajahan British.

Tidak seperti negara lain yang menggunakan kaedah bru, kopi di Malaysia dipanggang dengan mentega dan gula sebelum ditambah dengan air mendidih melalui penapis kain.

Tidak kiralah samada di kedai kopi biasa, kedai-kedai kopitiam sehinggalah latte tanpa lemak dengan lelehan caramel sebagai hiasan di Starbucks, rakyat Malaysia sememangnya gemarkan kopi! Secara purata, rakyat Malaysia meminum 2.5 cawan kopi setiap hari. Namun persoalannya adalah adakah kopi memberikan kesan baik atau buruk untuk anda?kopi

KEBAIKAN KOPI

1. MEMBANTU ANDA KEKAL BERJAGA

Satu cawan kopi biasa bukan sahaja mampu membantu anda kekal berjaga tetapi juga boleh membuatkan minda anda kekal fokus. Kafein adalah perangsang psikoaktif yang meningkatkan kesedaran, perhatian, keupayaan untuk memberi tumpuan, dan meningkatkan tahap tenaga secara keseluruhan.

2. MENINGKATKAN PRODUKTIVITI

Satu kajian yang diterbitkan pada 2013 menyimpulkan bahawa pengambilan kafein dalam jumlah sederhana boleh meningkatkan prestasi motor dan kognitif. Satu kajian terbaru yang diterbitkan pada April 2018 mendapati bahawa menghidangkan kopi sewaktu mesyuarat boleh meningkatkan prestasi mereka yang terlibat dalam perbincangan tersebut.

Kafein dikenali sebagai penghalang reseptor untuk adenosin, satu kompaun di dalam otak yang menjadi punca keletihan dan mengantuk, oleh itu ianya boleh meningkatkan prestasi fizikal dan mental.

3. MENJADIKAN EMOSI MENJADI LEBIH BAIK

Satu kajian yang dilakukan oleh A. Nehlig menunjukkan bahawa pengambilan kafein secara berulang dalam kadar 75mg (bersamaan dengan 1 cawan kopi) boleh memberi kesan dalam perubahan emosi yang lebih baik. Kajian juga menunjukkan kafein boleh membantu mengurangkan simptom kemurungan.

Ramai yang minum kopi untuk mendapatkan rasa segar kerana merangsang otak, tetapi tidak semua orang mendapat kesan yang sama dan sebagai contoh, ada orang minum secawan kecil kopi pada waktu maghrib, mungkin terus tidak dapat tidur sepanjang malam.

Ada pula yang walaupun mengambil minuman itu, namun tiada masalah untuk tidur dengan nyenyak.

Mengapa hal itu terjadi?

KOPI MEMBERI TINDAK BALAS YANG CEPAT

Bermula dengan sisipan kopi pertama pada waktu pagi, kafein memasuki aliran darah anda dengan pantas. Satu cawan kopi mempunyai penyerapan kafein yang cepat ke dalam aliran darah anda di mana ianya mengambil masa lebih kurang 20 minit.

SETIAP ORANG MENGALAMI KESAN YANG BERBEZA

Daya penerimaan kafein biasanya bergantung kepada gaya hidup, metabolisme dan genetik anda. Jika metabolisme tubuh lebih tinggi, kafein yang terkandung di dalam kopi lebih cenderung untuk membuat anda berasa gelisah dan gementar. Mereka yang menderita penyakit darah tinggi, diabetes, masalah jantung, osteoporosis dan wanita hamil disarankan untuk mengelakkan atau mengurangkan pengambilan kafein.

Sebenarnya, setiap cawan kopi yang kita minum mempunyai kandungan kafein yang berbeza dan lebih penting lagi, setiap individu mempunyai penerimaan tahap kafein yang berbeza.

Ini disebabkan terdapat satu gen PDSS2 yang mempengaruhi bagaimana kafein diproses dalam tubuh seseorang.

Mereka yang ada gen itu akan memproses kafein dengan lebih perlahan dan lambat dicerna, menyebabkan tahap kafein dalam tubuh kekal dalam kadar yang tinggi.

Itu juga sekali gus menyebabkan kesan kafein berlaku lebih lama dalam tubuh dan memberikan rangsangan seperti berdebar-debar dan tidak mengantuk.

Jadi, individu yang mempunyai gen itu hanya meminum sedikit saja untuk mendapat kesan rangsangan kopi.

Mereka mudah menerima kesan sampingan kopi (berdebar-debar, sukar tidur, dan jari menggeletar), namun ia juga bergantung kepada jenis kopi.

Kita tidak perlu membuat kajian sama ada kita ada gen itu atau tidak, kerana melalui pengalaman sendiri, kita sudah boleh mengagak sama ada kita mempunyai atau tidak gen tersebut.

Jika minum secawan kopi kemudian tak mampu lelap sehingga azan Subuh, bermakna mungkin kita ada gen itu.

Apa yang kita wajib ketahui juga adalah, pengambilan susu atau gula yang sangat tinggi dalam secawan kopi adalah punca anda tidak dapat melelapkan mata walaupun sangat penat.

Oleh itu, minum kopi tanpa gula dan krimer memang bermanfaat, cuma jangan berlebihan.

KOPI YANG BERLEBIHAN

Pengambilan kafein secara berlebihan adalah fenomena yang boleh berlaku, berikut adalah gejala yang akan anda alami apabila mengambil kopi secara berlebihan:

  • Rasa gelisah dan gementar
  • Jantung berdebar-debar
  • Loya
  • Merasa bimbang secara tiba-tiba
  • Insomnia
  • Pening

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mengalami simptom terlebih dos kafein yang serius.

Semoga memberi manfaat.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here