Mentaliti Kolot. Asal Buat Kerja Rumah, Terus Kaitkan Ia Tugas Perempuan!

0
859

Jika perkara berkaitan mengemas dan melakukan kerja-kerja rumah, pasti ia ditujukan kepada kaum ibu atau isteri. Bagaikan sudah sebati bahawa kerja-kerja di rumah wajib diuruskan sepenuhnya oleh kaum wanita yang bergelar ibu atau isteri. Jika si ayah dan anak-anak turut membantu, ia dianggap bernasib baik kerana dapat meringankan tugas dan kerja.

Perkongsian oleh Ahmad Affzan Abdullah di laman facebooknya dapat membuka mata dan minda netizen. Sebenarnya kerja-kerja di rumah tidaklah wajib dilakukan oleh para ibu dan isteri.

Benarlah, masing-masing mendiami rumah yang sama dan menggunakan apa sahaja kemudahan dan peralatan dirumah, tetapi mengapa hanya si ibu dan isteri yang perlu beria-ria mengemas, mencuci dan menjaga keadaan rumah agar ia selesa untuk didiami? seperti tidak adil pula kan?

Kenapa biarkan isteri bekerja dan mengemas seorang sahaja?

Berusaha jadikan rumah seperti syurgalah…

Maka ramailah isteri dan ibu yang ‘tag’ nama suami dan anak-anak mereka supaya membaca perkongsian ini. Masing-masing bersetuju supaya kerja-kerja dirumah dilakukan bersama dan perlu dibuat jadual. Nanti tiadalah si isteri meroyan dan membebel sebab penat dan selalu buat kerja rumah sorang-sorang.

Sebenarnya untung apabila suami banyak membantu membuat kerja-kerja dirumah. Apabila isteri tidak sihat, suami sudah terbiasa dan dapat melakukannya kerja-kerja di rumah tanpa rasa kekok. Apatah lagi jika isteri meninggal, tiadalah keadaan rumah dan anak-anak menjadi tidak terurus.

 

Tapi ada juga netizen yang suka buat kerja-kerja dirumah dengan kerelaan hatinya kerana mereka jenis yang tidak suka diganggu apabila sedang melakukan kerja. Kalau jenis macam ini, tidak mengapalah kalau suami dan anak-anak tidak membantu.

Tapi janganlah pula disepah-sepahkan barang dan kotorkan rumah pula kan? Kesian pula isteri nak kena bersihkan dan kemas semula.

Sesiapa yang selama ini mengabaikan tanggungjawab melakukan kerja-kerja di rumah tu, bolehlah cuba mengambil alih beberapa tugas ibu atau isteri dirumah. Tidak perlu berasa malu untuk menyidai pakaian di ampaian macam orang zaman dulu-dulu kerana takut digelar kuli kepada isteri.

Kerja-kerja dirumah tidak pernah habis dan tidaklah kepenatan itu ditanggung oleh si isteri sahaja. Apa pendapat kalian?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here