‘Hari Ini Ibu Saya Pula Mengucapkan Syahadah’ – Firdaus Wong Sebak, Ibu Peluk Islam

0
3285

‘Hari Ini Ibu Saya Pula Mengucapkan Syahadah’ – Firdaus Wong Sebak, Ibu Peluk Islam | Terasa sebak dan mengalir air mata apabila seorang anak berjaya mengendalikan kalimat suci dua kalimah syahadah dilafazkan oleh ibu kandung sendiri yang sebelum ini bukan beragama Islam.

Firdaus Wong Wai Hung menerusi akaun Facebook peribadinya berkongsi berita gembira itu kepada umum apabila berjaya mengislamkan ibu kandung dengan mengucap dua kalimah syahadah. Peristiwa yang paling bermakna itu telah diadakan di Multiracial Reverted Muslims dan disaksikan beberapa individu lain.

Ibu tercinta mengucap syahadah

syahadah

Firdaus Wong merupakan seorang penceramah bebas yang sebelum ini asalnya merupakan penganut agama Buddha. Dia telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan dakwah Islam, Muslim Revert Malaysia (MRM) yang giat menyebarkan dakwah dengan cara yang tersendiri bersama penceramah bebas yang lain.

Dia meluahkan rasa syukur apabila hari ini ibu kandungnya itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan dirinya tadi. Tambahnya, dia tidak dapat menahan air mata apabila ibunya itu melafazkan kalimah yang paling bermakna sebagai umat Islam.

Alhamdulilah Allahuakbar. Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.

Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri. Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan air mata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya.

Doakan terus beristiqomah

Sementara itu, Firdaus Wong turut berharap agar ayah dan adik-beradiknya yang lain turut berlembut hati dan dikurniakan hidayah dari Allah untuk memeluk agama Islam. Dia turut mengharapkan doa secara umum untuk mereka terus beristiqomah sebagai saudara baru dalam Islam.

Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.

Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim. Allahuma Ameen.

Sumber: Firdaus Wong Wai Hung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here