Akibat Terlalu Mengejar Cinta Lama, Cinta Di depan Hilang Sekelip Mata

0
1874

Akibat Terlalu Mengejar Cinta Lama, Cinta Di depan Hilang Sekelip Mata| Benarlah hati manusia adalah milik Allah. Sekali Allah balikkan hati seseorang, tidak mampu kita mengubahnya. Zuhail sendiri tidak menyangka dirinya dapat bertemu semula kekasih pertamanya ketika kursus di Melaka hujung tahun. Hanya sekadar bertukar-tukar nombor telefon, akhirnya membibitkan kemesraan.

Zuhail seorang bapa kepada empat orang anak. Dirinya dan isteri, Misya telah mendirikan rumah tangga hampir sepuluh tahun. Berkahwin atas aturan keluarga membuatkan perasaan cinta antara Zuhail dan Misya kurang mendalam. Tetapi ianya bukanlah alasan buat Zuhail melupakan tangungjawabnya.

Biar pun hubungan mereka agak dingin, tetapi isterinya tidak pernah berkecil hati, malah sentiasa berusaha memenangi hati tercinta. Hingga ke satu saat Zuhail terpaksa mengalah dan cuba belajar menyanyangi isterinya, tetapi perasaan itu seakan-akan tidak ikhlas.cinta lama

Sebenarnya perasaan kasihan melebihi rasa sayang pada Misya. Namun begitu, perkara itu tidak pernah Zuhail ungkapkan. Setiap kali Zuhail melihat pengorbanan Misya yang melahirkan anak-anaknya, membesarkan anak-anak serta menguruskan keperluan dan anak-anak membuatkan Zuhail rasa bersalah.

Zuhail juga manusia biasa, kesempatan bertemu kekasih lamanya, Nadia seolah-olah memberi harapan baru untuknya merasai rasa cinta yang sebenar. Nadia masih seperti dahulu, cantik, bekerjaya dan amat memahami setiap kemahuan Zuhail.

Menyemai Cinta Lama

Dalam diam, Zuhail dan Nadia menyulam cinta yang terlarang. Zuhail yang hanyut dek asmara tidak mengetahui bahawa Nadia sebenarnya masih lagi sah bergelar isteri orang. Zuhail seakan-akan hilang arah hingga tidak mampu membezakan intan dan permata.

Di rumah Zuhail semakin dingin dengan Misya, anak-anak juga tidak diendahkannya. Zuhail kerap menghabiskan masa dengan telefon daripada bercakap dengan Misya atau pun anak-anak. Hilang gurau senda dan bila Zuhail bersuara, pasti tinggi suaranya.

Pernah sekali ibu Misya tenat, Zuhail langsung tidak ambil peduli. Malah di suruh anak dan isterinya pulang ke kampung sendiri. Disebabkan sukar menguruskan anak-anak sendirian menaiki bas, Misya pendamkan hasrat hatinya biar pun perasaannya tidak keruan.

Paling syahdu apabila Misya mendapat panggilan bahawa ibunya telah pergi buat selamanya. Misya langsung meminta pertolongan rakan baiknya untuk membawa dirinya dan anak-anak pulang ke kampung. Kali ini Misya tekad untuk tinggalkan Zuhail. Dirinya tak ubah seperti sampah diperlakukan Zuhail.

Kenyataan Yang Pahit

Zuhail yang langsung tidak mempedulikan tentang isterinya keliru apabila pulang ke rumah, rumah seakan sepi. Tetapi perkara ini langsung tidak berbekas di hatinya, malah dia makin galak untuk bertemu Nadia. Terasa hidupnya bebas kini tanpa isteri dan anak-anak.

Sedang asyik menikmati hidangan makan malam di restoren, Zuhail tiba-tiba ditumbuk oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah suami kepada Nadia. Zuhail amat kecewa dan rasa tertipu. Selama ini Nadia mengakui dirinya telah bercerai.

Zuhail yang patah hati mencuba nasib untuk memujuk Misya, tetapi Misya langsung tidak memberi peluang kepadanya. Misya benar-benar terluka dengan tindakan Zuhail yang mengabaikan dirinya dan anak-anak. Lebih melukakan hati Misya apabila suaminya langsung tidak muncul di hari pengebumian ibunya.

Benarlah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Selama ini Zuhail mengejar kaca, rupanya permata yang berada disampingnya tidak pernah dihargai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here