Biar Berkira Dengan Keluarga Sendiri, Jangan Sampai Masa Depan Tergadai Atas Kertas!

0
229

Air dicincang tak akan putus, namun hari ini banyak perkara boleh menyebabkan hubungan keluarga berantakan dan berpecah belah hanya kerana harta serta wang.

Kita selalu dengar cerita orang tak mengaku saudara apabila membabitkan wang terutama melibatkan nama penjamin hingga menyebabkannya diisytihar bankrap.

Dah banyak kes sebegini dipaparkan di muka akhbar, malah ramai juga pengguna media sosial menularkan kisah-kisah sebegini. Tetapi, ia masih lagi berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Terbaru, beberapa pengguna Twitter berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi sedemikian, sekali gus memberi peringatan kepada orang ramai supaya jangan percayakan orang lain untuk meminjamkan nama sebagai penjamin bagi tujuan membuat pinjaman walaupun dengan keluarga sendiri.

Posting Azraei Muhamad itu turut dipersetujui Zulhilmi yang bekerja di sebuah bank.

Ada brader ni datang bank menangis teruk

Adik berhati batu!

Nak tolong, biar betul caranya

Perkongsian mereka itu dipersetujui ramai netizen lain. Ramai yang berterima kasih di atas pencerahan berhubung isu risiko menjadi penjamin itu.

Tergadai masa depan atas sekeping kertas

Biarlah bermasam muka sementara daripada bermusuhan tak sudah kerana masalah di kemudian hari yang akan membuat kita terjelepok tak bangun-bangun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here