Dipukul Sampai Pekak, Mangsa Buli Menang Tuntutan Lebih Setengah Juta

0
7296
mangsa buli

Kejadian buli disekolah sudah menjadi trend berzaman, namun jika dulu mangsa buli setakat diminta tolong senior. Namun, sekarang ada mangsa buli mengalami kecederaan teruk dibelasah dan didera oleh senior sekolah mereka.

MANGSA BULI MENDAPAT PEMBELAAN SELEPAS 4 TAHUN

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) membayar tuntutan RM616,634.20 kepada seorang bekas pelajar sekolah itu yang menjadi mangsa buli, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan difailkan plaintif yang ketika kejadian berusia 14 tahun menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, 50, pada 2 April 2017.

mangsa buli

Selain lima pembuli selaku defendan pertama hingga lima yang kini berusia 21 tahun, empat lagi defendan terlibat iaitu :

  • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sulaiman Ngarif (defendan keenam)
  • Bekas pengetua SESMA, Meriam Jusoh (defendan ketujuh)
  • Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (defendan kelapan)
  • Kerajaan Malaysia (defendan kesembilan) 

Kejadian berlaku pada 26 April 2015 membabitkan mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun adalah kecuaian pihak sekolah dan seperti sudah dirancang kerana berlaku di bilik asrama ketua pengawas.

mangsa buli

“Jadual warden bertugas juga sudah disusun begitu cantik, tetapi tidak berguna jika tak menjalankan tugas diamanahkan. Lebih baik letak jawatan dan jadi guru biasa sahaja.
“Bagi defendan keenam dan ketujuh pula, mereka cuai dalam menjalankan tanggungjawab memastikan kebajikan warga sekolah terutama keselamatan pelajarnya,” kata Zainal Azman.

Ketika kejadian, mangsa yang ketika itu pelajar Tingkatan Dua telah dipukul, ditendang dan ditampar oleh pelajar Tingkatan Lima sehingga hilang pendengaran sebelah kanan.

Malah gegendang telinganya pecah sehingga tidak dapat melakukan aktiviti air seumur hidup serta turut mengalami beberapa kecederaan lain.

Plaintif yang juga pelajar pintar dan memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada 2013 turut mengalami tekanan perasaan dan trauma sehingga terpaksa bertukar ke sekolah lain pada Julai 2015.

Ibu mangsa Rusaila Abdullah, 43, yang hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan hari ini bersyukur kerana keputusan memihak kepada anak lelakinya.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar lelaki yang menjadi mangsa buli memfailkan tuntutan sebanyak RM2 juta terhadap sembilan pihak termasuk lima pembulinya di Mahkamah Tinggi pada April 2017.

Sumber : BH Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here