Mampu Tewaskan Lin Dan, Daren Liew Pengganti Lee Chong Wei Yang Dicari-cari?

0
1062
lin dan

Selepas Dato Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya lebih awal dari Lin Dan, Malaysia kelihatan tidak lagi mampu menyaingi keunggulan seteru utamanya dalam sukan badminton dari China.

Apa lagi apabila bertemu dengan pemenang dua pingat emas Olimpik, Lin Dan.Bagaimanapun, pelapis yang ditunggu-tunggu nampaknya sudah muncul apabila seorang pemain Malaysia, Daren Liew, 32, berjaya menjinakkan Lin Dan dalam pusingan pertama Terbuka Korea pada Rabu lalu di Incheon.

TEWASKAN LIN DAN

Menurut The Star, pemain Malaysia itu berjaya menewaskan Lin Dan dengan kiraan mata 21-19, 21-14 dalam masa 43 minit sahaja untuk maju ke pusingan kedua.

Selain dipuji kerana semangat juangnya, Daren juga disifatkan sebagai seorang yang fokus dan merendah diri.

‘Semestinya saya sangat gembira memenangi perlawanan dengan Lin Dan tetapi pada masa sama, saya mahu berikan tumpuan untuk perlawanan seterusnya,’ kata Daren.  lin dan

Bagaimanapun, menurut berita terkini, Daren tewas di pusingan kedua kepada pemain India, P. Kashyap walaupun menunjukkan permainan memberangsangkan.

Walaupun memenangi perlawanan menentang Lin Dan, peluang Daren untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 masih lagi tipis memandangkan ranking dunianya masih di kedudukan ke 33.

Pusingan kelayakan akan bermula April depan dan Malaysia hanya boleh menghantar dua pemain jika kedua-duanya menduduki sekurang-kurangnya kedudukan ke-16. Sehingga kini, hanya Lee Zii Jia mempunya harapan cerah.Bagaimanapun, Daren tidak akan menyerah kalah dengan mudah.

‘Saya tidak akan putus asa, masih ada enam bulan untuk menempa kelayakan dan saya akan terus berusaha di kejohanan yang akan datang,’ tegasnya.

Persoalannya, walaupun Daren mempunyai semangat tinggi, ramai yang skeptikal memandangkan usianya pada 32 tahun diibaratkan sudah di penghujung kerjaya. Mampukah beliau menjadi pelapis kepada Lee Chong Wei kelak? 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here