“Mama tak redha, kamu tak akan ke mana…”.Adik beri amaran buat Da’i

0
13734
redha

“Mama tak redha, kamu tak akan ke mana…”.Adik beri amaran buat Da’i | Penceraian antara Da’i Farhan dengan isteri pertamanya benar-benar membuatkan ramai pihak terkesan. Sudah tentu isteri pertamanya iaitu Fatin Nur Ain begitu berduka cita berikutan dilepaskan dalam keadaan sarat mengandung anak kedua mereka.

Lebih mengharukan, Da’i Farhan yang sudah pun bernikah dengan seorang janda anak 8 didakwa melemparkan tuduhan bahawa isterinya nusyuz namun wanita tersebut menafikan hal itu.

“Hari yang sangat mengecewakan…”

Selepas Fatin Nur Ain menjelaskan segala kekusutan mengenai perhubungan mereka di laman sosial, kali ini giliran adik kepada Da’i Farhan pula tampil mengeluarkan kenyataannya yang berpihak kepada kakak iparnya.

Menerusi penulisannya, Nik Fatma Amirah memberitahu bahawa dirinya begitu kecewa dengan tindakan abang kandungnya itu yang begitu tidak bertanggunjawab.

“Semalam adalah hari yang sangat mengecewakan. Kecewa dengan tindakan seorang abang yang tidak bertanggungjawab.”

redha

Saya diblock & diunfriend

“Sudah berapa minggu saya bersama Kak Fatin, bantu support emosi beliau.”

“Saya diblock dan diunfriend oleh abang sendiri kerana saya bersuara untuk kakak ipar saya.”

redha

Mama tidak redha…

Selain daripada itu juga, Fatma memberitahu bahawa ibunya tidak merestui perkara ini dan berharap agar abangnya itu sedar serta kembali pulang ke pangkuan keluarga.

“Untuk Farhan hiduplah atas dunia ini sesuka hatimu, tapi ingat apa-apa yang Mama tidak redha, kamu tidak akan ke mana.”

“Untuk ‘wanita’ yang telah merampas kebahagiaan ini, ingatlah, Allah ini Maha Adil.”

Sehubungan dengan itu, Fatma berharap agar permasalahan ini akan diselesaikan sepenuhnya. Dia juga sempat memberitahu akan sentiasa menyokong kakak iparnya itu.

Sumber : Nik Fatma Amirah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here