Makin Ramai Terkorban, Pelajar Gaza Letak Potret Rakan Dalam Kelas Undang Sayu

0
377
pelajar gaza

Makin Ramai Terkorban, Pelajar Gaza Letak Potret Rakan Dalam Kelas Undang Sayu | Boleh dikatakan hampir setiap hari rakyat Palestin kehilangan orang yang disayangi seorang demi seorang akibat daripada rakusan tidak berperikemanusiaan Israel. Derita ini juga turut dirasai pelajar Gaza apabila kehilangan rakan sekelas mereka akibat menjadi mangsa korban serang kejam itu.

Menurut perkongsian pengguna Twitter, Hadeela memuatnaik beberapa foto menunjukkan potret pelajar yang sudah meninggal dunia diletakkan di bangku mangsa ketika pernah menuntut ilmu di dalam kelas itu.

Satu demi satu Pelajar Gaza pergi

pelajar gaza

Lebih menghibakan lagi apabila menyaksikan reaksi sayu oleh rakan sekelas yang terpaksa melalui detik kehilangan rakan-rakan mereka tanpa diduga. Malah, pelajar-pelajar tersebut terpaksa menyaksikan satu demi satu rakan mereka ‘pergi’ dan jumlah pelajar di dalam kelas semakin kelihatan berkurangan.

Potret sebagai ganti jasad

pelajar gaza

Serangan daripada rejim Zionis terhadap Tebing Barat Palestin menyebabkan kanak-kanak di Gaza hilang teman bermain dan hadir ke sekolah dengan perasaan sedih menerima khabar rakan sekelas telah meninggal dunia. Hanya tatapan potret yang menjadi ganti jasad kanak-kanak itu di dalam kelas.

They don’t deserve to live in fear

pelajar gaza

Sementara itu, Astro Awani turut melaporkan seramai kira-kira 34 penduduk Palestin menjadi korban Zionis manakala 109 cedera. Akibat daripada serangan itu juga Gaza turut mengalami kerugian mencecah sekitar 3juta Dollar.

Lebih menyayat hati lagi apabila terdapat 15 buah sekolah rosak dan 5 pelajar Gaza terbunuh. Hal ini turut memberi kesan psikologi kepada kawan-kawan lain yang sangat besar dan berat untuk menerima.

They don’t deserve to live in fear

pelajar gaza

Rata-rata masyarakat dari seluruh negara meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa kanak-kanak tidak berdosa di bumi Gaza itu. Mereka turut menyifatkan tindakan itu sebagai perbuatan yang kejam dan bersimpati dengan berita ini juga.

Sangat menyentuh hati, semoga Allah mempermudahkan semua rakyat Palestine.

Semoga kanak-kanak ini ditempatkan di Jannah Tul Firdous, Amin. Mereka tidak sepatutnya terima hidup dalam ketakutan sebegini.

Sumber: Hadeela

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here