Majoriti Jenama Bubble Tea Di Malaysia Tidak Halal?

0
2050
bubble tea

Sebut sahaja ‘Bubble Tea’, hampir setiap orang telah mencubanya. Bukan satu kedai, kini pelbagai kedai telah menjual air yang menjadi kegilaan ramai ini.

Fenomena ‘bubble tea’ masih lagi dapat dilihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah, kedai minuman bubble tea juga tumbuh bak cendawan dan hampir setiap masa kedai-kedai ini penuh dengan pelanggan.

Pelbagai jenis kedai minuman kini turut menjual air Bubble Tea tersebut termasuklah Starbucks dan Family Mart yang baru sahaja mengeluarkannya. Setiap hari, hampir setiap masa, kedai-kedai yang menjual air ini akan dipenuhi dengan orang ramai yang beratur untuk membelinya.

Sedap sangat ke? Kami sudah cuba, untuk mereka yang tidak sukakan minuman manis dan tidak sukakan sesuatu yang bersusu dan berlemak, mungkin air ini tidak sesuai untuk anda.

Terbaharu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapati bahawa masih terdapat banyak kedai minuman teh boba yang menggunakan bahan tanpa sijil halal.

bubble teaSUMBER: THE SPRUCE EATS

Untuk pengetahuan anda, sebahagian bahan minuman itu diimport dari Taiwan dan hasil pemeriksaan pihak Jais mendapati ia tidak memiliki logo halal. Malah, ada segelintir kedai yang mendakwa minuman mereka ‘halal’ tetapi tidak memiliki sijil sebenarnya mengelirukan pengguna.

Minuman Bubble Tea Yang Mempunyai Sijil Halal

Di Malaysia ketika ini, antara minuman bubble tea yang mempunyai sijil halal adalah Tealive, CoolBlog dan Chatime sementara majoriti pengusaha ‘bubble tea’ yang lain masih gagal mengemukakan permohonan.

Antara cara lain untuk mengelirukan pelanggan, JAKIM juga turut memberitahu bahawa ada premis yang memperdaya pengguna dengan perbuatan mempamerkan salinan sijil halal bahan ramuan atau pembekal. Selain itu, mengubah suai dan turut mempamerkan salinan sijil halal premis lain dan meletakkan hiasan ayat Al-Quran untuk memperlihatkan ciri-ciri Islam.

Oleh itu, pembeli di luar sana harus lebih teliti mengenai hal ini. Jangan mudah terpedaya dengan taktik atau penipuan seperti yang dijelaskan.

Jika anda mempunyai sebarang aduan mengenai isu penyalahgunaan ini, boleh terus hantarkan aduan anda ke [email protected] atau boleh terus ke Facebook Bahagian Hab Halal Jakim

Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Pastinya isu halal ini merupakan sesuatu yang harus kita ambil peduli.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here