Majlis Graduasi Anak Terlalu Mewah, Tak Semua Ibu Bapa Mampu Bayar

0
1144
graduasi

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi trend bagi melangsungkan majlis hari graduasi terutama untuk golongan kanak-kanak yang baru selesai menamatkan pra-sekolah.

Tapi untuk menjayakan momen istimewa tersebut, ibu bapa perlu membayar sejumlah yuran dan beberapa kos lain seperti pakaian mengikut tema serta pakej fotografi.

Menurut perkongsian seorang ibu Liyana Nazli di laman Facebook, dia berkongsi pendapat mengenai kos hari graduasi yang berlebih-lebihan tanpa memikirkan kesan kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan.

Dah la majlis berlangsung di hotel

BACA JUGA: Bagaimana Berniaga Di Shopee Dengan Betul Sehingga Menjana Sale 4
Angka Seminggu!

Pakaian kena beli betul2 ikut tema

Menurut Liyana, anak-anak telah bertungkus lumus berlatih bagi menjayakan persembahan pada hari graduasi tetapi mereka pasti kecewa sekiranya ibu bapa mengambil keputusan untuk tidak hadir ke acara tersebut.

Anak2 mesti kecewa kalau mak ayah tak mampu bayar

Mengimbau kembali ketika dirinya belajar di tadika zaman dahulu, Liyana berkata dia hanya perlu membayar yuran sebnayak RM15 sahaja yang sememangnya berbeza pada zaman sekarang.

Satu keluarga boleh datang!

graduasi

Pelbagai caj tambahan yang tidak diketahui

Semakin lama semakin tinggi biaya

Sepatutnya anak kecil perlu diberikan fokus terhadap pencapaian akademik supaya mereka boleh menghargai nilai sekeping sijil dan menjadi pemangkin semangat untuk meneruskan pembelajaran. Dahulukan apa yang menjadi keutamaan.

Sumber : Liyana Nazli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here