Majalah Kreko Umum Sah Henti Operasi, Selepas 20 Tahun Bertapak di Malaysia.

0
529
kreko

Majalah Kreko Umum Sah Henti Operasi, Selepas 20 Tahun Bertapak di Malaysia. | Ramai di antara kita yang membesar dengan membaca komik-komik sebelum teknologi mengambil alih seperti sekarang ini.

Terdahulu, banyak komik-komik ‘legend‘ yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak kita seperti Ujang dan Apo telah pun dihentikan penerbitannya.

Terbaru, majalah Kreko juga turut menerima nasib yang sama. Majalah tersebut mula beroperasi pada Jun 1999, merupakan sebuah majalah yang diterbitkan di Malaysia yang memaparkan terjemahan komik bahasa Jepun kepada bahasa Melayu.

Pengumuman Henti Operasi Kreko Secara Rasmi

Pihak penerbitan tersebut mengumumkan keputusan yang dibuat itu secara rasmi di laman Facebook rasmi mereka, majalah ini pernah mencapai edaran 90,000 naskhah sebulan dan menjadi yang paling laris di Malaysia.

Berdasarkan perkongsian tersebut, keputusan tersebut tidak mudah dibuat kerana majalah tersebut telah bertapak di Malaysia selama 20 tahun. Namun, keputusan berat ini terpaksa juga dibuat kerana sudah tiada pilihan lain.

Selain itu, pihak mereka juga menzahirkan penghargaan kepada penyokong dan pengikut siri-sirinya, Majalah Kreko yang diterbitkan pada 21 November lalu adalah isu terakhir keluaran mereka.

Susulan daripada itu, ramai netizen yang juga merupakan peminat majalah tersebut berasa sedih dan kecewa akan pengumuman yang dibuat itu.

kreko

Pada tahun 2016, masalah ekonomi telah menyebabkan dua syarikat percetakan besar terpaksa menamatkan operasi mereka iaitu Tora Aman dan Comics House.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here