“Maafkan Along Abah, Ini Semua Salah Along. Along Tak Patut Drive Kereta Tu”

0
198

Dalam kita bergembira, ada yang sedang bersedih dengan nasib yang menimpa.

Di Twitter, Ahmad Arif berkongsi cerita tentang sebuah keluarga yang mengalami kecelakaan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan.

Difahamkan ketika kejadian, kereta tersebut dipandu oleh seorang lelaki dikenali sebagai Faiz Hakim.

Pilu bila melihat Faiz Hakim yang seolah-olah menyesal dan menyalahkan dirinya apabila kedua ibu bapanya meninggal dunia sekelip mata.

Melihat pada ayatnya sahaja kita tahu dia sedang buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Di Twitter, ramai yang mendoakan agar Faiz Hakim kuat dan ada yang menasihatkan Faiz Hakim agar terima takdir yang diterima.

Namun ada juga yang memarahi Faiz Hakim. Apa perlunya menceritakan semua ini dalam Insta Story kalau benar-benar sedang bersedih?

Apa pun takziah diucapkan. Semoga Faiz kuat dalam menempuhi hari-hari yang mendatang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here