Kepada Lelaki Diluar Sana, Ini Pesanan Dan Luahan Seorang Adik Perempuan

0
580

Telah menjadi kebiasaan atau stereotype di Malaysia dan kebanyakkan negara, kaum wanita selalunya akan membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh pinggan, basuh baju, sapu rumah, kemas rumah, basuh tandas dan banyak lagi.

Kini telah tampil seorang adik perempuan meluahkan rasa hatinya yang tidak tahan dengan sikap abang-abang lelakinya yang langsung tidak membantu kaum hawa di rumah mereka.

Jom Baca:
Assalamualaikum..

Luahan ni saya tuju khas kepada lelaki-lelaki kat luar sana dan siapa yang bakal atau dah bergelar ibu bapa. Tolong la ambil iktibar daripada luahan saya sebagai seorang kakak dan adik perempuan dalam sebuah keluarga.

Sebelum itu, saya harap ambil la yang baik-baik saja daripada cerita saya. Saya cuma tak tahan dengan sikap hampir semua lelaki yang saya jumpa dalam hidup saya yang selalu anggap perempuan ni mcm maid dalam rumah. Saya tak nafikan ada bagusnya seorang perempuan di ajar tentang kerja-kerja supaya kami ni dapat menguruskan rumah sendiri suatu hari nanti. Saya sendiri rasa ia sangat penting supaya tak timbul isu perempuan cantik di luar saja tapi bilik dan rumah macam tongkang pecah. Tapi saya tak setuju 100% kalau lelaki tak perlu tahu langsung pasal kerja rumah dan tak rasa langsung tu tanggungjawab mereka.

Zaman sekarang perempuan pon dah start belajar tukar tayar sendiri, tahu serba sedikit pasal minyak hitam, air aircond la apa la. Saya sendiri tengah belajar sebab takkan nak bergantung kepada lelaki sahaja. Sama la macam lelaki takkan nak simpan tenaga korang tu bila kat rumah, rajin-rajinkanlah ambil tahu pasal kerja rumah. Tak hilang pon macho tu. Takkan nak tunggu kahwin baru nak berubah. Bermula lah daripada rumah yang korang dibesarkan tu. Banyak pahala apa tolong mak dan adik beradik perempuan korang. Diorang la reason rumah korang tu bersih, baju siap basuh dan terlipat, dapat makan sedap-sedap. Ini tak, kebaikan tu korang pergi curah kat awek korang yang belum tentu nanti dapat jaga korang elok-elok. Ini ada beberapa contoh situasi saya bagi :

BASUH PINGGAN SENDIRI JER
Basuh la pinggan sendiri kalau tengok sinki tu dah bersih. Tolong la, saya kadang tu sampai nak menangis kalau lepas tengok sinki dah bersih dan ready nak rehat, tengok ada lagi pinggan kotor. Itu belum lagi saya minta lapkan sendiri sisa makanan si abang atau adik lelaki kat meja.. baru je padahal saya lap sebelum tu.. tambah lagi kalau tetibe korang lapar, makan maggi diluar waktu makan dan dapur tersedia bersih, periuk yang seketul tu pon tak basuh.. kadang tu buat air milo, tumpah sikit tak reti nak lap, sampailah semut hurung.. tak pun tak simpan balik bekas milo kat tempat asal.. kalau lupa tak apa.. ni kalau dah banyak kali nak panggil apa, hilang ingatan?! dan ada lagi satu situasi yang saya benci tengok, orang yang tak reti nak letak pinggan kat sinki lepas makan. maaflah, saya akan sumpah cukup-cukup lelaki yang perangai macam ni.

LETAK BALIK BARANG TEMPAT ASAL, SIMPLE
Letak balik barang yang korang ambik kat tempat asal.. nampak remeh dan benda kecil kan? saya bagi satu situasi yang berlaku pada saya sendiri. Ada satu hari saya keluar dengan kawan saya lepas zohor. Sebelum tu saya pastikan rumah bersih, dapur clear, baju sidai, sapu mop lantai semua, siram pokok dan saya siap masak nasi dan lauk untuk tengahari.. bila saya balik dalam pukul 8 malam macam tu, saya di sambut dengan keadaan rumah yang kotor sangat.. kerusi makan kat ruang lain, alasan tengok laptop kat situ.. bantal bertaburan jatuh kat lantai sbb tengok tv sambil baring.. cawan dan plastik jajan atas meja dan sisa makanan pastu meja bersemut.. tuala sangkut kat sofa, lepas mandi letak kat situ.. masak nuget tak simpan balik dlm peti ais, kucing curi makan, habis kotor satu dapur.. itu belum lagi part goreng makanan, masak maggi, kuali, sudip, biar je.. sisa masakan berterabur kat lantai.. tak mintak banyak pon, letak je barang semua tu kat tempat asal.

TOLONG SIKIT JER
Tolong la buat kerja rumah sikit.. kadang tu saya tak menang tangan urus kerja rumah.. bayangkan dari pagi buat sarapan, kemas dapur, bersihkan lantai rumah, sidai baju, siram pokok.. pastu kena prepare untuk lunch, basuh lagi pinggan, bersihkan dapur, bersihkan meja makan, angkat baju kering, lipat.. tu belum lagi bagi kucing makan (kucing saya hanya makan ikan rebus sahaja), bersihkan bekas najis kucing.. itu rutin harian saya.. itu belum tambah kes2 terpencil mcm pinggan seketul yang bertambah jadi banyak bila makan maggi la, buah la, air milo dan macam-macam lagi.. dan by the time petang, kena prepare untuk dinner, dan kemas balik dapur.. so apa salahnya kalau tolong at least kerja macam buang sampah kat luar.. tolong sediakan pinggan untuk makan.. bagi kucing makan ke.. angkat kain ke.. itu pun saya dah cukup lega.. ini tak, adik lelaki saya bila saya suruh buang sampah, suruh saya ikat semua sampah dan bawa sampai ke pintu depan.. si abang pula bila saya pernah mintak tolong basuh pinggan sbb hari tu saya tak sihat, dia basuh pinggan SAHAJA, mangkuk, periuk n sudu pinggan die biarkan saja.

KECEWA PERANGAI ADIK BERADIK LELAKI
Saya sedih dan kecewa dengan perangai abang dan adik lelaki saya.. saya pernah slowtalk dengan mak ayah saya, tapi mereka jenis yang tak berapa ambil berat.. mereka akan marah dalam sekali dua kali dan biarkan saja.. saya tahu didikan mak ayah saya adalah salah satu faktor besar adik beradik lelaki saya berperangai begitu.. mak ayah saya lagi banyak tumpukan perhatian kepada kerja mereka.. dan mak ayah saya pon berperangai lebih kurang seperti adik beradik saya.. sebab tu saya kecewa dgn mereka.. saya paling kecewa dgn mak saya.. pernah suatu hari saya tak sempat sapu lantai sbb saya hendak siapkan assignments saya yang bertimbun, mak saya marah.. saya sedih dan kecewa sebab bukan selalu saya tak buat kerja rumah.. saya pon manusia, bukan robot.. saya faham mak saya penat sebab bekerja, tapi saya seorang pelajar, saya pon kena belajar.. takkan sepanjang waktu saya kat rumah kena habiskan dengan kemas rumah? saya cuma mintak pada mak ayah jangan marah saya kalau ada kerja rumah yang saya tak buat.. mungkin ada sebabnya.. atau mungkin hari tu saya rasa malas.. salah ke kalau dalam 365 hari setahun, ada sehari dua saya rasa malas? kepada yang bergelar adik beradik lelaki, kalau tak reti tolong dengan kerja rumah, jangan tambahkan kerja kami lagi.. urus tempat tidur, baju dan sisa sendiri.

KINI KECEWA DENGAN MAK AYAH
Saya dah penat hidup macam ni dan lagi rasa kecewa dengan mak ayah saya.. perlukah saya jadi malas dan tak kisah langsung pasal rumah supaya tak kena marah kalau sekali sekala saya malas? kepada yang mesti tertanya kenapa tak gaji maid je kalau dah banyak sangat kerja rumah, bukan tak pernah, dah 3 maid.. dua maid tak tahan sbb kerja rumah banyak (penat) tak berbaloi dengan gaji yang diberi.. sorang maid pula asik gaduh dengan mak, mak selalu kata maid tu malas.. sampai sekarang saya tak tau maid tu malas ke atau mak saya yang over.. adik beradik perempuan saya yang lain pula, hanya senyap je dan seakan redha dengan situasi kami.. ye lah, kalau saya sebagai kakak sulung cakap pun tak makan saman, apa lagi kata-kata diorang.

AKHIR KATA…
Akhir kata, wahai lelaki rajin-rajinkanlah diri buat kerja rumah. Kalau belajar pon kelaut, ilmu pertukangan dan paip, servis kereta tukar tayar pon tak reti, ada hati nak suruh orang perempuan kat rumah tu yg urus segala benda. Kalau tolong gajikan maid tak apa juga. Kepada yang bakal bergelar ibu bapa, bagilah didikan yang betul kat anak-anak.. Jangan ajar anak lelaki memperhambakan adik beradik perempuan.. At least, ajarlah mereka sikit2 biar mereka tahu penat lelah.adik beradik perempuan.. kan makin sayang.. Tolong doakan saya makin kuat menempuh hari yang mendatang.. mungkin susah untuk saya ubah keluarga saya, tapi saya harap orang lain dapat ambil iktibar daripd cerita saya..

– Luahan adik perempuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here