‘Lembut’ Bukan Alasan Tak Solat – Video Pengarah Ini Buat Ramai Tersentuh Hati

0
252

Menjadi adat manusia, pasti ada segelintir daripada kita akan cepat menilai seseorang daripada rupa luaran dan bersangka buruk dengannya.

Namun, video yang dirakam oleh pengarah drama terkenal tanah air, Shahrulezad Mohameddin telah mengubah persepsi orang ramai terutama netizen.

Video berdurasi 21 saat yang dikongsikan Shahrulezad di Facebooknya itu memaparkan seorang krew produksinya yang lembut dan berperwatakan seperti wanita tetap menunaikan ibadah solat fardhu walaupun ramai memandang pelik kepadanya.

Sumber FB: Shahrulezad Mohameddin

Tambah Shahrulezad, mana orang ramai tak pandang pelik kerana krewnya itu bersanggul dan sekali imbas nampak persis seorang wanita, tetapi menunaikan solat di saf hadapan di ruangan solat jemaah lelaki.

Sebagai pengarah, dia sendiri mengagumi kecekalan hati krewnya itu dalam menunaikan solat fardhu lima waktu walaupun orang ramai memang pelik kepadanya.

Video tersebut telah menyentuh hati ramai netizen dan rata-rata mendoakan semoga krew tersebut terus istiqamah dalam menunaikan solat fardhu kerana ia merupakan kewajipan untuk orang muslim.

Benarlah seperti kata Shahrulezad iaitu Allah milik semua orang. Allah juga berhak memberikan hidayah dan kesedaran kepada sesiapa sahaja tanpa sebarang syarat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here