Lelaki Ini Larang Kita Pergi Klinik Kerajaan, Tapi Kenapa Orang Ramai Memujinya?

0
229

Setiap orang memiliki persepsi tersendiri terhadap perkhidmatan kerajaan terutama di hospital.

Dalam pada kerajaan berusaha memberi yang terbaik untuk rakyat, ada juga yang masih tak berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan. Ada sahaja yang hendak diburukkan.

Pelbagai pengalaman buruk dikongsikan di laman sosial, namun tak semua menggelupur memburukkan hospital kerajaan. Ada juga yang memuji perkhidmatan kaki tangan dan fasiliti disediakan kerajaan memuaskan.

Sebuah posting di Twitter menarik perhatian ramai apabila menceritakan pengalamannya mendapatkan rawatan di sebuah klinik gigi kerajaan.

“Jangan pergi mana-mana klinik atau hospital kerajaan selepas ini!” serunya dengan tegas.

Aik, dah kenapa pula tu? Teruskan pembacaan untuk menyusuri pengalaman Inche Gabbana ini.

Menurutnya, itu merupakan kali pertama dia mendaftar di klinik berkenaan.

Klinik jenis apa kenakan caj RM1 saja?

Rasa tertipu! Inikah klinik kerajaan?

Meneruskan ceritanya, Inche memberitahu bahawa proses memriksa giginya hanya mengambil masa lima minit sahaja. Bahkan, jumlah semua bayaran hanya RM3 termasuk pendaftaran.

“Asyik kutuk kerajaan sahaja, sekali-sekala kenalah bagi penghargaan pula, kan?” katanya.

Ramai netizen tertipu dengan ‘pembuka bicara’ posting Inche yang kononnya mahu menghentam klinik kerajaan.

Reverse psychology rupanya, menarik!

Kreatif juga cara Inche menggunakan taktik begini untuk membuka mata rakyat mengenai kerajaan yang sudah berusaha memberikan terbaik buat rakyatnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here