Lelaki Gigih Kupas Lada & Bawang Sambil Melepak Dengan Member Dapat Pujian Netizen!

0
2449
kupas lada

Lelaki Gigih Kupas Lada & Bawang Sambil Melepak Dengan Member Dapat Pujian Netizen! | Lelaki dan kawan-kawan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Sememangnya diakui bahawa, ikatan persahabatan kaum lelaki ini sangat kuat dan kebanyakannya berkekalan.

Tular dilaman Twitter sebuah video dimuat naik oleh pemilik akaun KechikChill, yang merakam gelagat kawannya yang membawa satu beg plastik cili dan bawang dari rumah ke kedai mamak.

“Kawan ajak lepak, tapi bini minta tolong…”

Jelasnya melalui posting berkenaan, rakannya itu seharusnya keluar melepak bersama-sama di kedai makan.

Namun, disebabkan isterinya meminta tolong, dia mengambil keputusan untuk membawa bawang dan cili berkenaan sekali serta mengupasnya sambil melepak bersama rakan-rakan yang lain.

Banyak cili, bawang dibawa melepak sekali!

Boleh dilihat dalam video tersebut, lelaki berkenaan gigih membawa segala jenis bahan mentah yang disuruh oleh isterinya. Paling bagus sekali, lelaki ini seperti tidak merungut dan melakukan suruhan isterinya dengan sukarela dan selamba je kupas lada sambil melepak dengan kawan-kawan.

Ramai yang puji kegigihan brader ni kupas lada…

Para netizen meninggalkan komen dan rasa sangat kagum dengan tindakan lelaki tersebut. Ramai juga berpendapat, tindakan seperti ini sewajarnya tonjolkan oleh kaum lelaki dan tidak seharusnya malu apabila isteri meminta tolong membuat sesuatu perkara.

Dapat juga pahala tolong isteri, kan?

Macam ni, kawan-kawan kena bantu sekali!

Bagus kawan macam ni! Sentiasa sokong kawan…

Seharusnya, tindakan yang dilakukan oleh lelaki kupas lada dan bawang ini boleh dicontohi oleh kebanyakan lelaki diluar sana, terutamanya yang sudah berkahwin. Melepak dengan kawan-kawan, bukanlah satu halangan untuk menolong isteri menguruskan rumah tangga.

Sumber: KechikChill.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here