Langit Hitam Pekat Seperti Malam, Sungai Petani Bergelap di Siang Hari

1
9740
langit

Langit hitam pekat bak malam, Sungai Petani bergelap di siang hari | Umum sedia maklum bahawa seluruh negara dilaporkan bakal mengalami ribut petir dan juga hujan lebat pada minggu ini. Fenomena tersebut berlaku disebabkan perubahan angin monsun yang sering melanda Malaysia setiap penghujung tahun.

Gelap macam dah malam!

Baru-baru ini, fenomena belalai air telah melanda negeri Kedah di bahagian Jitra amat mengejutkan penduduk setempat. Kemusnahan harta serta kerosakan rumah disebabkan bencana itu telah mengakibatkan kerugian yang agak besar.

Sebentar tadi, menerusi laman Facebook Penduduk Sungai Petani, seorang pengguna Facebook telah menghantar gambar keadaan langit yang begitu gelap di kawasan tersebut.

Antara gambar di kawasan sekitar

Hal tersebut diperkuatkan lagi dengan gambar yang telah disertakan di ruangan komen posting itu oleh warganet yang berada di kawasan sekitar Kedah.

langit

langit

 

Takutnya tengok langit gelap

Sehubungan dengan itu, rata-rata pengguna Facebook telah menurunkan maklum balas yang pelbagai di posting yang dibuat oleh Mohd Ashwan tersebut.

Jelas sekali mereka berasa gerun dan berharap agar tiada bencana alam yang serius berlaku di tempat mereka agar tiada sebarang kerosakkan dan juga kemalangan jiwa terjadi.

Minta dijauhkan dari perkara tak elok

Semoga terus dilindungi

Terdahulu, satu video tular fenomena belalai air telah melanda Jitra, Kedah sehingga mengakibatkan penduduk kampung keluar beramai-ramai dan melaungkan azan memohon perlindungan agar tiada sebarang bencana alam berlaku di kawasan sekitar mereka.

Sumber : Penduduk Sungai Petani, Mohd. Ashwan

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here