Langgar Belakang: Tindakan Yang Perlu Dilakukan Supaya Pesalah Tidak Lepas Tangan!

0
505

Malang tak berbau, kita tak boleh jangka bila kemalangan berlaku, kadang-kadang pandu berhati-hati pun tetap ditimba musibah itu kerana bukan kita yang menyebabkan kemalangan tapi disebabkan orang lain

Kalau kita tak langgar orang, orang lain pula yang akan langgar kita. Bagai satu lumrah bagi mereka yang memandu kenderaan untuk harungi kemalangan, apapun cuba elak sebaik-baiknya. Tapi, jika kejadian malang itu telahpun berlaku pada kita, kebiasaannya akan tercetus kekecohan dan sedikit pergaduhan.

Itu belum lagi kalau korang takde pengalaman kena langgar dari belakang dan korang pun tak tahu nak buat apa. Macam mana kalau dia kata dia nak buat report polis tapi sebenarnya dia tak buat report? Dan Macam mana pula nak buat claim insurans nanti? Macam mana pulak kalau dia tak nak tanggungjawab dan lepas tangan macam tu je?

So apa kata korang ikuti tips ini supaya korang tak perlu nak menanggung kerugian atas kesilapan orang lain dan untuk elakkan pesalah tu daripada lepas tangan macam tu je:

Tip dari peguam jika kereta dilanggar dari belakang
1. Jika ada org langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.

Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yg diperbuat daripada besi dsg, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yg langgar anda tadi.

5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi jgnlah terus maki hamun kepadanya.

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda td? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing2 akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Just bagitahunya, dari segi undang2, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi saya ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yg anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh2 walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan?? Tak perlu gaduh2 dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang2. .

Patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here