Model Ini Berjaya Kurangkan Berat 127 Kilogram Dengan Hanya Berjalan Kaki!

0
340

“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” adalah pepatah yang paling sesuai untuk menggambarkan usaha seorang lelaki yang berjaya mengubah penampilannya daripada seorang yang memiliki berat badan berlebihan kepada seorang jejaka yang sangat segak!

Gwilym Pugh, yang berasal dari London ini berjaya membuatkan ramai orang kagum dengan perubahan imejnya yang kini bergelar seorang model terkenal.

Berat badan Gwilym mula bertambah apabila dia memulakan perniagaan insurans nyawa dan hanya bekerja daripada rumah pada usianya 21 tahun. Perniagaan yang dijalankannya tidak memerlukan dia untuk melakukan pergerakan yang banyak, dan akhirnya menyebabkan berat badannya bertambah tanpa disedari.

Bekerja hampir 12 jam sehari menyebabkan Gwilym tidak mempunyai masa untuk bersukan atau bersenam. Walaupun perniagaannya berjalan dengan lancar namun masalah berat badan yang melanda membuatkan dia hilang keyakinan diri.

Menyedari hakikat tersebut, dia tekad untuk berubah dan melakukan sesuatu untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

“Perniagaan saya berjalan lancar tapi saya juga mempunyai berat badan yang berlebihan. Bekerja 12 jam sehari membuatkan saya tidak sempat untuk bersenam. Saya juga tekad untuk mulai menjaga kesihatan diri,” ujar Gwilym seperti yang dipetik dari The Mirror.

Gwilym mula dengan pengambilan makanan yang rendah kalori. Malah dia juga tekad untuk berhenti dari meneruskan perniagaan dari rumah yang dilakukannya.

“Itu adalah perkara terbaik untuk kesihatan saya kerana saya berhenti duduk selama 9 hingga 10 jam sehari. Selepas itu, saya banyakkkan berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 ribu langkah setiap hari,” terang Gwilym.

Hasilnya, dia berjaya mengurangkan sehingga 127 kilogram dari berat asalnya. Wow!

Gwilym juga kini bergelar seorang model popular. Wajahnya juga menghiasi halaman majalan GQ dan Hunger. Lebih membanggakan lagi apabila dia terpilih menjadi ikon di samping David Beckham.

Seiring dengan penurunan berat badannya, dia juga turut terpilih menjadi wajah untuk koleksi Nathan Palmer pada tahun 2015 dan diundang menjadi model bagi ACMK, London. Dia juga sudah menjayakan banyak iklan-iklan besar seperti Vans, Bud Light dan Diesel.

Dia juga telah dipilih menjadi duta produk kecantikan untuk lelaki milik Becham iaitu House 99.

Wah, menarik bukan? Malah rahsia Gwilym berjaya menurunkan berat badannya hanyalah banyakkan berjalan kaki serta mengambil makanan rendah kalori.

Jadi, apa tunggu lagi? Bak kata orang; “Nak seribu daya, tak nak seribu dalih”, sekiranya betul-betul mahu mengurangkan berat badan, lakukan sesuatu bermula daripada sekarang. Anda tidak akan dapat kurus hanya dengan berimaginasi!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here