Ini Sebab Mengapa Kebanyakan Kerusi Penumpang Dalam Pesawat Berwarna Biru

0
432

Pernah tak anda terfikir kenapa kebanyakan pesawat memiliki kerusi penumpang yang berwarna biru? Kerusi pesawat berwarna biru mula digunakan sejak beberapa dekad yang lalu. Dari laporan Brightside, kebanyakan orang menganggap warna biru itu sebagai warna yang aman dan tenang serta ianya sangat penting bagi para penumpang terutamanya yang menghadapi masalah aerophobia, iaitu perasaan takut ketika berada di dalam kapal terbang.

Sebab lain syarikat penerbangan memilih warna biru adalah kerana kesan kotoran pada kerusi pesawat kurang terlihat pada warna ini. Oleh sebab itu, kerusi berwarna biru boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Pada tahun 1970an dan 1980 an, beberapa syarikat penerbangan mencuba menggunakan kerusi berwarna merah tetapi kemudian diganti dengan kerusi berwarna biru kerana warna merah boleh meningkatkan tahap agresif di antara penumpang.

Inilah sebab kenapa kebanyakan kerusi pesawat berwarna biru. Tujuannya adalah untuk membuat penumpang berasa selesa dan aman ketika dalam penerbangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here