Kereta Kena Rembat Masa Nak Basuh Di Car Wash, Student Rayu Pulang Kereta

0
4524
kereta

Kereta Kena Rembat Masa Nak Basuh Di Car Wash, Student Rayu Pulang Kereta | Seorang pelajar universiti Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS), Muhammad Mukhlis Muhammad Rosli, 25 sama sekali tidak menyangka niatnya mahu membasuh kereta berakhir dengan tragedi apabila keretanya dibawa lari seorang lelaki.

Dalam satu kejadian di sebuah pasaraya Econsave, Jalan Reko, malam semalam sekitar jam 10.40 malam, Mukhlis yang kali pertama kali memasuki Rizqi Al Fateh Carwash di pasaraya berkenaan tidak menyangka kenderaannya dibawa lari oleh seorang lelaki yang pada awalnya memaklumkan mahu mengalihkan kenderaan tersebut.

“Tertera car wash itu ditutup sehingga jam 11 malam. Masa saya tiba, jam menunjukkan waktu 10.40. Sebaik memasukinya, saya perhatikan ada seorang lelaki sahaja di meja hadapan dan kerana itulah saya menyangka car wash ini masih dibuka. Saya ambil ruang parking di hujung sekali (ada tiga ruang parking) dan berhadapan CCTV. Awalnya saya tak berani keluar dan membunyikan hon sedikit.

“Bila nampak lelaki berkenaan menuju ke arah kereta, saya bawa keluar beg galas yang mengandungi komputer riba dan beberapa barangan berharga termasuk telefon bimbit. Bila dia datang dekat, saya sempat menyapanya, seorang sajakah hari nie abang.

“Dia menjawap ya, seorang saja. Saya tak sangka apa-apa dan beranggapan dia pekerja di situ. Lelaki itu nampak agak normal cuma pakaiannya agak lusuh. Dia siap bertanya, saya mahu masuk beli barang di pasarayakah tapi saya kata tidak. Tapi memang ada niat nak ke pasar malam berdekatan kerana saya tak makan lagi,” katanya ketika dihubungi REMAJA.

Jelas Mukhlis, sejak menuntut di KUIS setahun lalu, masanya lebih banyak dihabiskan di perpustakaan saja kerana mahu menghantar proposal Ijazah Kedoktoran yang diambilnya di universiti berkenaan dan itulah kali pertama dia memasuki pasaraya berkenaan

Kereta Terpakai Dibeli Tunai Untuk Kegunaan Ke Universiti

Sebaik menyerahkan kunci Proton Saga terpakai yang dibeli secara tunai untuk kegunaannya ke universiti, Mukhlis dimaklumkan lelaki berkenaan bahawa keretanya perlu dialihkan.
car washkereta kena curi

Rasa seperti terpaku

Jelas Mukhlis, lebih kurang lima minit sebaik lelaki berkenaan berkata mahu mengalihkan kenderaannya, dia mengesyaki sesuatu terjadi kerana keretanya tidak kembali dan begitu juga lelaki berkenaan.

Mengakui dirinya seperti terpaku, sebaik menyedari keretanya dengan nombor pendaftaran AHV 7225 (bronze) sudah hilang, dia terus menghubungi pemilik car wash berdasarkan nombor tertera.

“Tapi apa yang memeranjatkan saya, pemiliknya berkata kedainya sudah ditutup lebih awal sekitar jam 8.30. kebetulan malam itu angin agak kuat dan pelanggan juga semakin kurang. Bila dia berkata begitu, saya sudah risau kerana tahu kereta saya sudah dilarikan lelaki berkenaan.

Jumpa beg dan pisau dalam sarung tangan

Dalam pada itu, Mukhlis berkata, di atas meja yang diduduki lelaki berkenaan, dia menemui sebuah beg. Bila dia melihat kerana ingin mencari bukti dalam laporan polis, di dalam beg berkenaan hanya ada kain dan sarung tangan.

“Tapi di dalam sarung tangan itu ada pisau yang disembunyikan. Pemilik car wash juga berkata lelaki berkenaan pernah cuba meminta kerja di kedainya beberapa hari sebelum kejadian tapi tidak diterima bekerja.Malah dari caranya dipercayai lelaki berkenaan adalah penagih dadah.Masa yang sama saya lihat ada beberapa titik darah tempatnya duduk itu,” katanya mengakui pihak polis kini mencari bukti berdasarkan CCTV di lokasi.

Syukur kerana proposal tesis tidak dibawa lari

Dalam pada itu, Mukhlis bersyukur kerana proposal tesis PHDnya tidak dibawa lari bersama dan andai itu yang terjadi, dia pasti menangis.

“Bukan mudah menyiapkan proposal tesis berkenaan. Syukur kerana saya sempat ambil barang berharga.Cuma saya harapkan jika orang ramai ternampak Saga FLX nombor pendaftaran AHV 7225 (bronze) untuk hubungi balai polis berdekatan.

Owner turut menyeru bantu cari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here