Kepala Air Boleh Menyerang Bila-Bila Masa, Berwaspada 3 Tanda Ni Ketika Mandi Sungai

0
4151
kepala air

Bagi mereka yang gemar dengan aktiviti mandi manda dan berkelah di kawasan air terjun atau sungai, mungkin sudah maklum dengan fenomena kepala air.

Malaysia mula memasuki fasa peralihan monsun pada 6 Oktober lalu yang dijangka berterusan sehingga awal November ini. Dalam tempoh ini, beberapa kawasan di negara kita akan menerima tiupan angin dari pelbagai hala.

Disebabkan itu juga kita sering berdepan dengan hujan lebat dan ribut petir terutamanya pada waktu petang dan awal malam.

Bagaimanapun di sebalik amaran ini, berkemungkinan ada diantara ibu bapa masih membawa keluarga mereka untuk berkelah dan bercuti terutamanya di kawasan air terjun.

Namun, tahukah anda tempoh sebulan dua ini sebenarnya tidak sesuai untuk keluar beriadah di kawasan sungai kerana dikhuatiri terdedah dengan kehadiran ‘kepala air’. Apakah sebenarnya ‘kepala air’ ini dan apa implikasinya?kepala air

APA ITU KEPALA AIR

Kepala air adalah satu skala air besar yang bergerak laju dari puncak air terjun atau hulu sungai. Gelombang air ini terbentuk apabila ia disekat dalam kuantiti yang banyak.

Selalunya bahan buangan seperti ranting kayu, batu sungai dan kayu balak terkumpul menghalang laluan air ini. Apabila benteng pecah, maka terbentuklah ‘kepala air’ atau juga boleh digelar sebagai ‘mini tsunami’.

Bahaya Kepala Air Dan Tanda Tanda Awal

Kepala air ini selalunya akan terjadi ketika hujan lebat. Fasa peralihan monsun yang sedang berlaku di negara kita ini juga antara tempoh yang amat sesuai dengan kehadiran aliran air deras ini.

Tempoh ini boleh dikatakan tidak sesuai untuk orang ramai membawa keluarga untuk mandi manda ataupun berkelah. Malah, fenomena kepala air menjadi punca lapan kanak-kanak dihanyutkan arus deras di anak Sungai Selangor di Kampung Timah, Bukit Beruntung pada Mac lalu.

INI PANDUAN WAJIB AMBIL TAHU

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani, terdapat beberapa tanda awal yang mungkin menyelamatkan orang ramai daripada dihanyutkan ‘kepala air’.

1. Pasir bergerak laju

Antara panduan pertama adalah pasir di dalam sungai bergerak laju secara tiba-tiba. Selain itu air juga kebiasaannya akan menghasilkan buih dan permukaan sungai akan keruh. Jika anda sedang mandi, dan butiran pasir di kaki anda tiba-tiba bergerak dan sungai mula keruh, maka teruslah berlari ke tebing untuk menyelamatkan diri.

2. Deruan air kuat

‘Tips’ kedua adalah mendengar bunyi bising seperti deruan air yang kuat. Selain deria rasa, deria pendengaran juga mampu menyelamatkan nyawa anda. Bunyi air yang dibawa kepala air ini selalunya amat kuat untuk didengari. Semakin kuat bunyi, semakin dekatlah ‘kepala air’ dari lokasi anda.

kepala air

3. Jumlah sampah lebih banyak

Panduan ketiga adalah melihat sampah sarap mengalir dengan jumlah lebih banyak daripada kebiasaan. Mungkin kehadiran sampah di sungai atau kawasan air terjun adalah perkara biasa tetapi jika sampahnya terlalu banyak maka ia adalah luar biasa!

Oleh itu, kami menasihatkan orang ramai supaya ‘berpantang’ sekejap untuk keluar beriadah di kawasan terdedah dengan aliran sungai atau air terjun. Memang seronok main air tapi jika berlaku kecelakaan, memang menyesal tak sudah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here