Sapa Pernah Kena Kejar Dengan Anjing Je Tahu, Budak Lelaki Diserang Anjing Di Kawasan Luar Sekolah.

1
7709
anjing

Sapa ada pengalaman pernah kena kejar dengan anjing liar secara tiba-tiba? Mesti nervous gila kan?

Baru-baru ni tular di laman Twitter mengenai seorang murid sekolah yang secara tiba-tiba di kejar dan di serang oleh sekumpulan anjing liar.

Kejadian yang menimpa budak lelaki itu adalah pada hari jumaat yang lalu 15 November 2019 pada jam 2:15 petang di kawasan luar sekolah. Video itu menunjukkan budak lelaki tersebut pada ketika itu berada jauh daripada kumpulan anjing liar tersebut dan secara tiba-tiba dikejar sebelum dicederakan.

Dia yang kelihatan berlari ke arah pintu pagar yang berdekatan, namun gagal membukanya kerena dipercayai terkunci dan anjing liar tersebut terus menyerangnya.

anjing
Sumber: Twitter

Keadaan menjadi reda apabila kelihatan beberapa orang dewasa yang datang bagi menghalau anjing liar tersebut disebabkan mungkin terdengar kekecohan yang berlaku.

anjing kejar
Sumber: Twitter

Mana yang lain sewaktu kejadian??

Namun begitu, kejadian serangan anjing liar yang menyerang budak sekolah ini telah tular dan ada individu yang menuding jari ke pihak sekolah kerana tidak peka dengan keselamatan murid sekolah.

Tapi persoalan itu dijawab oleh wakil daripada sekolah tersebut yang mana kejadian tersebut berlaku pada 3 minit sebelum guru sampai ke tempat itu dan ia sangat pantas.

Kejadian Dikejar Anjing Bukan Pertama Kali Berlaku

BEBERAPA guru dan murid pernah dikejar anjing liar di kawasan itu sebelum ini,” kata Pengerusi Sekolah Agama Rakyat (SAR) Haji Awaludin, Muhadzir Mahamor.

Pada Jumaat lalu, murid SAR Haji Awaluddin, Telok Kemang di Port Dickson itu, Muhammad Adib Asyraf Amiruddin, 6, cedera di leher kanan, tangan dan paha kiri digigit anjing liar.

Dalam kejadian 2.20 petang itu, kanak-kanak berkenaan sedang menunggu kelas dibuka sebelum diserang anjing berkenaan.

Berikutan itu, mangsa menerima rawatan di Hospital Port Dickson (HPD) dan keadaannya dilaporkan stabil.

Muhadzir berkata, kira-kira empat hingga lima ekor anjing liar sering berada dalam kawasan sekolah sejak dua bulan lalu.

“Saya dan pihak pengurusan sekolah sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tindakan diambil segera.

“PBT sudah sedia maklum mengenai aduan itu dan mengambil tindakan serta memberitahu satu unit penangkapan anjing liar akan diwujudkan oleh pihak swasta.

“Saya tidak pasti unit berkenaan sudah wujud atau belum,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, pihaknya sudah menghantar permohonan kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk menutup awal sesi persekolahan sehingga anjing itu ditangkap.

Katanya, pihaknya juga berharap permohonan untuk memasang pagar di sekeliling sekolah itu diluluskan segera bagi mengelak dicerobohi haiwan liar dan tidak mahu murid atau guru lain menjadi mangsa.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here