Dihalau Suami Empat Beranak Hidup Dalam Kandang Kambing

0
611

Sudah setahun empat beranak dari Kampung Chegar Bungor, Gua Musang tinggal dalam sebuah kandang kambing yang daif.

Lantai kayu yang dahulunya tempat pembuangan najis kambing dijadikan alas tidur disebabkan kemiskinan.

Kosmo Online melaporkan, kandang tersebut terpaksa ditambat pada sebatang pokok bagi mengelakkannya runtuh semasa ribut.

Ruslida Kamarazaman, 38, bersama anaknya berusia dua hingga 13 tahun terpaksa tinggal di situ selepas dihalau suami.

Tambahnya, dia bernasib baik kerana adik iparnya memberi kebenaran untuk tinggal di situ memandangkan dia tidak mampu untuk menyewa rumah lain.

“Dengan pendapatan RM10 sehari hasil menoreh getah, tidak memungkinkan saya untuk menyewa rumah lain.”

“Duit itupun tak cukup hingga saya terpaksa berpuasa dan anak pula terpaksa makan nasi berkuahkan kicap.”

“Anak lelaki berusia 13 tahun tidak mahu bersekolah kerana kemiskinan ini dan dia bekerja dengan mengambil upah mengangkat getah sekerap.”

Selain tiga anak yang duduk bersamanya, Ruslida mempunyai tiga lagi anak yang bekerja kilang di Johor dan Kuala Lumpur.

Seorang lagi tinggal bersama bekas suami dan bekerja di kilang papan.

Sempai sekrang, keluarga tersebut tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here