Inilah 4 Kelebihan Bekerja Di Singapura Yang Masih Ramai Tertanya-Tanya Realitinya

0
1761
SINGAPURA

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar.

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!

singapura

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu… gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

BACA JUGA: Bagaimana Berniaga Di Shopee Dengan Betul Sehingga Menjana Sale 4
Angka Seminggu!

3. Mudah Berpatah Balik!

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan “dijual” oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda… anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia. 🙂

4. Sah & Kurang Risiko!

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.

Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.

Kerja Kat Singapura Memanglah Gaji Sedap..Tapi Lelaki Ini Kongsi Realiti Sebenar Mereka Yang Kerja Di Singapura Untuk Sara Hidup

Seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Capit Angah yang berkongsi realiti kehidupan mereka yang bekerja di Singapura. Hanya yang tabah dan cekal mampu bertahan. Ikut perkongsian lelaki ini dibawah.

Ni mai sini aku nk explain.. Ya memang betul duit Singapore (SGD/Dollar) 3 kali ganda lebih besar dari Malaysia (RM/Ringgit).. Contoh klu gaji SGD1000 tukar jadi RM3000.. Klu rajin buat OT bleh cecah SGD2000, bersamaan RM6000..

Bila sebut sebulan bleh dpt RM6000, perrgghhh berduyun2 org Malaysia nk keja.. Org KL mai nk keja Singapore, aku ckp “sanggup ka hadap jem ni??”.. Dia jawab “alaaa KL tu jem lg rabak laa”.. Aku jawab “OK, good luck”.. Bila dh start keja, dua hari terus blah.. Bila tnya “knp blah??”.. Ramai yg jawab “dia punya jem x boleh tahan la”.. Aku hanya mampu tersenyum bila dengar jawapan tu..

>BACA JUGA: Mahu Kerja Di Singapura, Nak Pakai Agen, Tapi Takut Kena Tipu?

Persoalannya skrg, knp geng2 yg blah ni x kaya pon.. Org akan jwb “memang la x kaya sbb depa blah”.. So kesimpulan dlm cerita ni, bukan org yg kerja di Singapore kaya.. Tapi org yg sanggup hadap kesusahan dan ujian, pasti Allah beri kejayaan.. Taw ka apa yg kami hadap utk dapatkan RM6000 sebulan?? Mai la hadap dulu.. Masa baru2 start keja mungkin akan rasa perit sikit la.. Bila dh lama2 ok la dh biasa.. Jgn sembang ribut klu angin pon takdak.. Nk berjaya kena usaha geng.. Klu takut dgn kesusahan, jgn mimpi kesenangan..

Pepatah Arab ada mengatakan, MAN JADDA WAJADA..Anda usaha, anda dapat.. Hang nak, hang usaha.. Simple.. Allah bukan zalim.. Yg zalim ni manusia.. Biarlah org nk kecam aku ka apa ka dgn status ni.. Sekurang2nya aku puas hati dgn usaha titik peluh aku sendiri.. X harap duit mak bapak..

Kami yg bekerja di Singapore ni bukanlah kaya.. Tp mungkin bleh disebut sekadar “selesa”.. Klu kaya dh lama aku beli Ferrari atau Lamborghini.. Moral of the story, bekerja di Malaysia pon bleh berjaya klu usaha bersungguh2.. Saya akhiri dgn serangkap pantun..

KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK,
JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI,
KALAU TAKMAW KENA PENYEPAK,
JANGAN DOK CAKAP PANDAI.

Sekian..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here