Inilah Kehidupan Sebenar Seorang Warden Sekolah, Keluarga Sendiripun Terabai!

0
2086
warden sekolah

Warden sekolah berasrama merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga hal-hal berkaitan pelajar yang tinggal di asrama. Tidak kira masalah disiplin atau perihal kesihatan, warden orang pertama yang perlu bertindak. Ibarat seorang bapa kepada seluruh penghuni asrama, tugas warden sekolah sangat berat dan perlu banyak kesabaran.

Menerusi Facebook Mohd Nizam Abdul Latif, dia meluahkan rasa kesal terhadap beberapa pihak yang menunding jari kepada warden asrama apabila terdapat masalah yang berlaku di asrama. Baginya, tugas warden bukan sesuatu yang mudah dan tidak ramai yang mampu menggalasnya.

Terpaksa bertugas 24 jam

Elaun warden hanya RM240 sebulan sedangkan terpaksa bertugas 24 jam. Beberapa hari lepas, kecoh juga dengan kes mangsa buli menang kes dengan saman sebanyak RM616, 634.20.

Lebih kecoh keratan dari Sinar Harian yang menulis sindiran hakim pada warden yang bertugas semasa kejadian tersebut dan meminta warden tersebut meletak jawatan dan menjadi guru biasa sahaja. Hakim tersebut mungkin terlepas pandang dan tak tahu, jawatan warden sekolah ni hampir semua guru menolaknya. Hampir semua…

Jadi warden kerana terpaksa

warden sekolah

Yang ada menjadi warden sekolah berasrama biasanya kerana terpaksa sahaja. Kenapa ramai guru menolak? Kerana tanggungjawab sangat berat. Sangat berat dan langsung tidak setimpal dengan elaun RM240 cuma itu.

Habis sahaja mengajar di sekolah, warden perlu berkejar ke asrama memastikan pelajar teratur dan berdisiplin di asrama. Memastikan tiada pelajar membuli, bermain bola, membuat huru hara, bergaduh, hisap rokok, memecahkan tingkap dan sebagainya.

Kena berlari ke dorm pula bila mengesyaki sesuatu tak kena. Asap vape dan asap rokok berkepul-kepul contohnya, raungan pelajar seolah didera, bunyi kecoh dan bising. Dah la penat pulang dari sekolah belum hilang, dah kena settlekan macam-macam karenah.

Baru nak rehat, ada masalah lain

Baru nak rehat sebelah malam, pengawas datang mengadu ada pelajar lompat pagar(fly atau runner istilah budak-budak). Berlari mengejar pula. Penat mengejar, baru nak masuk, ada laporan kipas dorm rosak kena bola. Naik pula ke dorm siasat siapa punya angkara.main bola kompom cermin tingkap ke,cermin sliding door bilik prep ke ada yg teramat pasti pecah berkecai.

Jam 1 pagi tengah lena, pintu rumah warden diketuk bertalu-talu. Ada pelajar kena serangan asthma. Ada pula jatuh dalam bilik air nampak kelibat hantu katanya. Belum cerita yang histeria, yang menceroboh asrama wanita dan sebagainya lagi.

Apa warden sekolah itu Superman?

Semua itu tugas warden sekolah untuk mengawal semua sekali. Apa warden itu Superman boleh buat semua dalam satu masa? Apa tenaga warden tak habis-habis nak selesaikan semua perkara?

Kadang anak isteri sendiri tak terlayan. Anak demam pun isteri je bawa ke klinik. Papa tak boleh teman, pelajar tengah merusuh. Ada kes buli sampai luka-luka.

Tak habis masalah di asrama ni. Macam-macam hal. Macam-macam kes. Yang tak masuk akal pun ada tau. Contohnya loker pakaian kayu tu ada pelajar baling dari tingkat 4 ke bawah. Ada yang sengaja membakar tong sampah. Membaling mercun bola tu dah biasa sangat.

Warden Sekolah juga dipersalahkan

Dan saat ada kes buli di asrama, warden sekolah dipersalahkan seolah mereka ini diberi elaun RM24000 pula. Seolah warden asrama ada 180 orang. Seolah warden asrama ini lahir di planet Krypton. Seolah warden ini sehebat Son Goku. Sudahlah begitu, disindir-sindir pula bila ada kes buli dan seumpamanya di asrama. Seolahnya warden tak pernah bertugas dan tak pernah ada jasa.

Hati mana yang tak remuk tuan-tuan. Hati mana yang tak berkecil hati dan terasa. Mereka dah cuba sedaya upaya, mengorbankan segala masa dan tenaga. Saat semua guru lain menolak, mereka dengan terpaksa menerima. Dan saat jawatan dibahu mereka, kejadian menimpa dan mereka yang menerima kesannya.

Bersimpati pada rakan sejawat

warden sekolah

Sungguh aku simpati pada rakan sejawat ini. Sungguh! Isu warden ni dah lama. Lama sangat dah. Hampir setiap tahun guru merungut. Aku sendiri tulis 4 tahun lepas mendapat lebih 1.3k like dari guru-guru. Bahawa tugas warden tidak sepatutnya dibebankan dibahu guru. Patut diwujudkan satu pekerjaan khas dah. Biar bukan guru yang menjadi warden.

Gajikan saja bekasan komando ke, bekasan askar jadi warden. Biar berdisiplin sikit anak-anak kita. Dan buat guru-guru yang disaman, semoga terus kuat dan tabah. Orang tidak melihat sejuta jasa, orang hanya akan menghukum atas satu kecuaian kita sahaja. Dan semoga KPM cepat-cepat membuat satu akta untuk melindungi para guru dari dianiaya dan dipersenda sesuka hati.

Sekian.

Sumber: Mohd Nizam Abdul Latif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here