Kecewa Isu Sampah Tidak Selesai, Lelaki Ini Buat Penghantaran Khas Ke Ibu Pejabat Foodpanda

0
10607
isu sampah

Tidak berpuas hati dengan sikap acuh tidak acuh yang diambil oleh syarikat Foodpanda berkenaan isu sampah sebelum ini, seorang lelaki mengambil inisiatif sendiri untuk mengutip sampah berkenaan dan melonggokkan di hadapan pejabat Foodpanda.

Dekan Fakulti Seni dan Komunikasi HELP University, Andy Hickson melakukan penghantaran khas ke sebuah lobi sebuah bangunan mewah 39 tingkat yang dipercayai ibu pejabat Foodpanda berada.

Beliau membawa enam beg Foodpanda yang bukannya berisi makanan, tetapi sampah sarap yang dikutip dari tempat pelupusan sampah haram berhampiran hospital Orang Asli di Jalan Gombak.

isu sampah

Hickson yang melawat tapak berkenaan Sabtu lalu melaporkan bahawa tiada apa-apa perubahan yang dilakukan oleh Foodpanda biarpun sebelum ini berjanji untuk melawat tapak kawasan dan melupuskan sampah sarap tersebut.

Berang Dengan Sikap Tidak Acuh Foodpanda Berkaitan Isu Sampah Beg Pink!

Berang dengan sikap sambil lewa Foodpanda, Hickson mengumpul semua beg Foodpanda yang berisi sampah sambil menunggu di kawasan perkarangan lobi bangunan.

Beliau mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengisi beg berkenaan dengan pelbagai jenis sampah sehingga mengakibatkan tangannya terluka dan bajunya koyak.

Hickson yang pernah menghabiskan beberapa tahun hidupnya tinggal bersama Orang Asli Temiar di Kelantan telah didatangi oleh sekumpulan polis bantuan dan bertanya urusan rasmi beliau di bangunan terbabit.

isu sampah

Tetapi beliau tetap berkeras untuk tidak meninggalkan banggunan berkenaan sebelum berjumpa dengan wakil Foodpanda.

Hickson akhir berjaya berjumpa dan membawa sampah sarap tersebut kepada Foodpanda dan syarikat berkenaan berjanji untuk bekerjasama dengan beliau bagi menangani isu alam sekitar ini.

Walau bagaimanapun, isu sampah ini tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada Foodpanda kerana mereka juga tidak pasti siapa yang membuang beg tersebut.

Sebelum ini kami melaporkan pada 5 November lalu penemuan tempat pembuangan sampah haram. Penemuan tersebut juga menjumpai sejumlah beg Foodpanda yang dibuang bersama-sama dengan sampah yang lain.

Selepas laporan tersebut, Foodpanda mengumumkan akan melancarkan siasatan ke atas dakwaan isu sampah beg Foodpanda terbabit serta melupuskan sampah tersebut.

Selepas hampir dua minggu, tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh Foodpanda sebaliknya Jabatan Kerja Raya tampil untuk membersihkan kawasan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here