Nike Keluarkan Kasut Yang Direka Khas Buat Doktor Dan Jururawat

0
2262
kasut

Nike Keluarkan Kasut Yang Direka Khas Buat Doktor Dan Jururawat| Para doktor dan jururawat semestinya menghabiskan masa yang lama berada di hospital, semua atas niat murni untuk membantu seorang penyakit.

Mereka menghabiskan masa sehingga lewat malam atau jika diperlukan saat kecemasan, hospital sudah menjadi rumah kedua buat mereka.

Secara purata, para doktor dan jururawat berjalan di sekitar hospital adalah 4 hingga 5 batu dalam masa 12 jam. Jauh lebih tinggi daripada purata pemain bola keranjang yang berjalan 2.5 batu dalam satu perlawanan.

Nike Keluarkan Kasut Khas Untuk Doktor Dan Jururawat

Atas dasar tanggungjawab, Nike telah mengeluarkan satu kasut baharu yang mengutamakan para doktor dan jururawat.

Kasut Model Nike Air Zoom Pulse dihasilkan selepas jenama sukan terbesar dunia membuat kaji selidik bersama para profesional di OHSU Doernbecher Children’s Hospital di Portland, Oregon bagi mengenal pasti keperluan para doktor dan jururawat.

Rekaan ini khusus untuk mereka yang terpaksa bekerja dalam masa yang panjang dan mampu untuk menyokong apa saja pergerakan sewaktu kecemasan.

kasut

Oleh sebab itu, Nike Air Zoom Pulse menghasilkan tapak tumit yang sangat selamat, lembut dan terasa mesra dengan para pekerja hospital yang sentiasa perlu bersedia dalam apa jua keadaan.

Reka bentuk Nike Air Zoom Pulse datang dalam tujuh warna yang berbeza – enam daripadanya direka oleh pesakit dan dikeluarkan pada awal bulan Disember ini. Untuk info lebih lanjut, anda boleh lawati laman web Nike.com 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here