Kantoi Buat Air Dalam Tandas Kereta Api, Pengotor Betul!

0
713

Seorang penjual air terkantoi selepas sebuah rakaman video menunjukkan dia dan dua lagi individu keluar dari tandas kereta api bersama tin besar yang digunakan untuk membuat air teh dan kopi sebelum dijual kepada penumpang tersebar meluas.

                                        Foto: Twitter

Memetik South China Morning Post, kejadian menjijikkan itu berlaku di dalam kereta api Ekspres Chennai-Hyderabad.

Indian Railways dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu sudah dilaporkan dan selepas siasatan dijalankan, penjual teh terbabit didenda ASD1,500 (RM5,908).


Difahamkan, video berkenaan dirakam di dalam sebuah kereta api di Secunderabad di Telangana, India. Menurut laporan, hanya salah seorang daripada penjual berkenaan memiliki lesen yang sah.

Penjual itu bagaimanapun mendakwa, mereka sebenarnya memindahkan susu dari satu tin ke yang lain dan tidak mahu melakukannya secara terbuka.

Menurut laporan, keracunan makanan merupakan salah satu wabak penyakit yang paling kerap dilaporkan berlaku di India.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here