Tak Reti Jaga Anak! Kanak-Kanak Kena Langgar Waktu Bapa Cuci Kereta Dekat Luar Rumah

0
4081
langgar

Tak Reti Jaga Anak! Kanak-Kanak Kena Langgar Waktu Bapa Cuci Kereta Dekat Luar Rumah | Satu video rakaman CCTV viral di Twitter menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dilanggar sebuah kereta di depan rumahnya.

Melalui rakaman itu, ketika kejadian yang berlaku pada 10 November lepas, kanak-kanak tersebut dilihat berbasikal dan menuju ke luar pagar terus ke jalan raya. Bapanya ketika itu sedang mencuci kereta di depan rumah dan tidak menyedari anaknya sudah keluar ke jalan tanpa pengawasan.

Bapa Leka Anak Di langgar Kereta

langgar
Sumber: Twitter

Sebaik saja kanak-kanak itu menghampiri jalan raya, sebuah kereta berwarna putih lalu di depan rumah mereka terlanggar dan menyebabkan mangsa terheret.

Selepas insiden itu berlaku, ramai jiran tetangga keluar dari rumah mereka untuk periksa keadaan kanak-kanak tersebut termasuklah bapanya yang turut berlari ke arah anaknya.

Tidak lama lepas itu, ibu kanak-kanak berkenaan juga turut keluar ke rumah untuk melihat apa yang berlaku kepada anak kecilnya.

langgar
Sumber: Twitter

Tidak dinyatakan di mana kejadian ini berlaku dan bagaimana keadaan kanak-kanak itu namun ramai netizen yang menuding jaring menyalahkan ibu bapanya kerana cuai. Ada juga yang rasa pelik kenapa pemandu kereta putih tu tak berhenti sebab dia pandu perlahan je.

Kata netizen, sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil mereka seharusnya menitik beratkan keselamatan serta sentiasa berwaspada. Seperti dalam hal ini, mereka mempersoal mengapa ibu mangsa tidak awasi anaknya keluar rumah dan juga pintu pagar tidak ditutup.

langgar
Sumber: Twitter

Ada sesiapa tahu keadaan kanak-kanak tu sekarang?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here