(Video) Kanak-Kanak Ini Meminta Jersi Mo Salah, Ini Respon Mo Salah Buat Ramai Terkejut

0
315

Video seorang kanak-kanak meminta jersi Mo Salah (Pemain Liverpool) ini mendapat lebih sejuta view.

Tindakan Mo Salah yang merupakan pemain terbaik Kelab EPL musim ini terhadap seorang kanak-kanak yang meminta jersinya melalui mesej yang ditulis di kadbod mendapat perhatian ramai apabila permintaan peminatnya itu ditunaikan.

Mo Salah cemerlang bersama Liverpool musim ini dengan meledak 31 gol dalam 34 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dia turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik PFA menewaskan bintang Manchester City, Kevin De Bruyne untuk merangkul anugerah tersebut.

Video yang dirakam oleh peminat lain ini menerima lebih sejuta view di Youtube.

Islam mengajar kita untuk berbuat baik sesama manusia, apatah lagi kanak-kanak. Rasulullah SAW juga selalu menyantuni anak-anak kecil dan Mo Salah telah menunjukkan akhlak sebenar seorang Muslim.

Tonton video di sini:

Semoga video ini menjadi inspirasi kepada semua umat Islam untuk melakukan kebaikan dan menyantuni kanak-kanak, dengan izin Allah ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here