Jep Sakat Anak Tiri Sampai Nangis. Mmg Keje Gelak Jelah, Dah Papa Ko Pelawak Dik – Netizen

0
48517
jep

Jep Sakat Anak Tiri Sampai Nangis. Mmg Keje Gelak Jelah, Dah Papa Ko Pelawak Dik – Netizen | Seperti cerita ‘Bawang Putih Bawang Merah’, status tiri ini selalu dianggap kejam, zalim, tamak dan dengki. Status tersebut juga selalu dianggap sebagai seorang yang hanya inginkan harta dan tidak peduli kepada kasih sayang.

Di Malaysia, sememangnya ramai yang punyai status sebegini dan perangai seperti yang disebut namun dalam setandan pisang tidak semuanya busuk.

Begitulah yang boleh dilihat pada sifat pelawak kesayangan warga tempatan Jep Sepah. Jep Sepah sudah dikenali sebagai seorang kawan yang baik kepada rakan-rakannya dan beliau seorang yang tidak lupa pada asal usul.

Selepas melafazkan akad nikah kepada pelakon comel Sariyanti, beliau telahpun mendapat dua anak tiri lelaki dalam keluarga barunya. Dan sekarang, beliau punyai seorang anak kandung perempuan yang diberi nama Dariya.

Walaupun sudah punyai anak sendiri bersama Sariyanti. Beliau tetap menganggap anak-anak tiri beliau sebagai anak-anak sendiri. Selebriti ini masih mengusik dan bergurau seperti anak sendiri dan anak-anak tirinya tidak kekok langsung dengannya.

Jep Sakat Anak Tiri Sampai Menangis

Sifat Jep ini dapat dilihat dalam satu kongsian video Sari Yanti dalam laman instagramnya.

Dilihat didalam video tersebut, Jep mengenakan anaknya yang bernama Barr untuk dikahwinkan dengan wanita bernama Letchumi. ‘Prank’ tersebut telah dirancang awal oleh Jep dan Rahim melalui Whatsapp.

“Papa Jep nak kawenkan Barr ngan Letchumi . Rahim (kengkonon bapak letchumi) pulak ada masa nak layan kan Jep . Punyalah nangis budak tu . Barr pun satu ,tu pun percaya” kata Sari Yanti dalam laman Instagramnya.

Rata-rata netizen sangat terhibur melihat gelagat dua beranak ini. Ada juga yang mengatakan bahawa Barr akan sentiasa gelak tawa kerana punyai ayah tiri yang bekerja sebagai pelawak.

Tidak semua yang berstatus tiri itu adalah seperti dalam ceritera kanak-kanak Bawang Putih Bawang Merah yang mengatakan mereka kejam dan zalim dan dengki. Ada sahaja yang penyayang dan berhati perut seperti manusia lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here