Kenapa Abang Jadi Anak Mak Tengok Apa Jawapan Ibu Lelaki Ini Kepadanya

0
836

Menjelang Aidilfitri ini, pasti akan ada iklan-iklan yang bertemakan kekeluargaan ataupun elemen ibu bapa yang menyentuh hati penonton seperti dialami netizen ini.

Adham Azmi (@amir_aderers) memuat naik posting di Twitter bahawa dia turut berasa terkesan dengan sebuah iklan yang ditontonnya, lantas menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp kepada ibunya sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan ibunya selama ini.

Baru nak fefeeling, ibunya membuat lawak pula! Ibu Adham membalas WhatsApp itu dengan meme dialog dari filem P. Ramlee iaitu filem Anakku Syazali.

“Abang jangan salahkan ibu yang mengandung” dan sekeping meme dengan kapsyen “bapaklah yang bersalah dalam hal ini”.

Mungkin sekali dengar agak kasar, tetapi itu hanyalah gurauan ibu Adham kepadanya semata-mata, bahkan dalam tweet yang seterusnya Adham turut menerangkan bahawa ia hanyalah gurauan seorang ibu kepada anaknya.

Netizen juga tidak ketinggalan rasa terhibur dengan perbualan dua beranak ini kerana bagi mereka cara ibu Adham membalas WhatsApp itu adalah sesuatu yang melucukan.

Jadi, apa kata dengan masa yang ada ini kita ambil kesempatan untuk mengirim mesej kepada ibu bapa untuk menzahirkan penghargaan anda terhadap mereka selama ini. Mungkin ibu bapa anda juga akan membalas dengan sesuatu yang melucukan seperti ibu Adham, siapa tahu kan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here