Mohon Jangan Sempit Otak Macam Sempitnya Rumah Kita” – Sentap Kerana Ruang Parkir

0
559

Jika penduduk rumah teres di beberapa taman perumahan tertentu pun ada masalah tempat meletak kenderaan, inikan pula kawasan penduduk flat.

Hanya mereka yang pernah duduk di perumahan flat memahami perasaan mereka yang berebut ruang parkir.

Terbaru, seorang pengguna Twitter dengan nama Adzra memuat naik dua keping gambar memaparkan dua keping surat penduduk di sebuah flat di Wangsa Maju yang ‘bertekak’ mengenai ruang parkir.

Apa yang menarik perhatian adalah surat balas daripada pemilik kenderaan yang disifatkan agak biadab bunyinya.

Difahamkan, surat ‘dilayangkan’ apabila salah seorang penduduk tidak berpuas hati kerana ruang yang sering digunakan untuk meletak keretanya diambil orang lain.

“Selama saya duduk di sini, memang ini tempat saya memarkir kereta saya,” tulisnya.

Reda je la awak tu duduk rumah flat je

Rata-rata netizen bersetuju perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan dan sepatutnya, tak perlu ada adegan ‘sentap-menyentap’ kerana memang begitulah lumrahnya jika menjadi penduduk perumahan flat.

“Macam baru duduk flat je makcik tu.

“Parking tu memang konsep siapa cepat dia dapat. Tapi, tak payahlah sentap.

“Saya rasa perkara ini boleh je dibawa berbincang.

“Memang salah makcik tu, tapi jawapan balas dia agak biadab. Boleh je balas elok-elok,” komen netizen.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang merasakan jawapan berkenaan masuk dek akal dan tidak biadab.

Adatlah sekiranya ruang parkir di kawasan perumahan yang agak sempit dan sesak kadang kala tidak mencukupi. Yang penting, hidup berjiran ni perlu ada sifat bertolak-ansur dan toleransi supaya tidak bermusuhan sesama jiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here