“Janda bertuah…!” 35 Tahun Bercerai, Chef Wan Masih Lagi Tanggung Bekas Isteri

0
30561
janda

Umum sedia maklum bahawa chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan sudah lama berpisah dengan bekas isterinya (janda beliau) hampir 35 tahun.

Walaupun bekas isterinya itu bukan lagi di bawah tanggungjawabnya. Namun, dia masih lagi menjaga segala keperluan wanita itu, termasuk kos rawatan.

Terbaru, chef selebriti itu telah membuat satu luahan di Instagram, berkongsi mengenai kisahnya dengan bekas isteri, menerusi kapsyen berserta dengan gambar bil hospital.

Pergi settle bil janda nak operate

Difahamkan, bil yang dimuat naik itu adalah bil hospital bekas isterinya yang baru sahaja selesai membuat pembedahan tangan untuk membuat graft bagi tujuan dialysis.

BACA JUGA: Bagaimana Berniaga Di Shopee Dengan Betul Sehingga Menjana Sale 4
Angka Seminggu!

Memang janda bertuah!

Dikurniakan dua cahaya mata, selama 35 tahun ini Chef Wan telah menyara bekas isterinya dengan memberi rumah dan wang saraan. Namun, Chef tersebut sedikit kesal dengan sikap bekas isterinya yang masih degil dan tidak menjaga soal kesihatannya.

Takpela ini cabaran hidup saya…

Menurutnya, wanita itu menghidap penyakit kencing manis namun masih lagi tidak mahu menjaga pemakanan, dan menyebabkan banyak wang terpaksa dikeluarkan untuk kos rawatannya.

janda

Ada yang mencaci ada yang menghina…

janda

Walau bagaimanapun, Chef terkenal itu masih lagi mahu membantu menjaga bekas isterinya selagi termampu, baginya bukanlah wang ringgit yang menjadi soal, tetapi dia hanya mahu melihat wanita itu bahagia dan sihat di samping keluarga.

Sumber : Chef Wan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here