Jika Janda, Anak Dara Boleh Terima Akal Sikit Lah. Ini Isteri Orang Weh! – Doktor Tampan

0
650

Orang kata, kalau nak hidup bahagia, pasangan suami isteri kenalah ada persefahaman dalam menjalinkan hubungan. Jika mereka gagal, bermakna banyak la konflik dan ketengangan yang muncul. Selepas itu, masing-masing buat hal sendiri dan mulalah berlaku kes pelik-pelik seperti isteri orang goda suami orang dan bermacam-macam lagi.

Kes isteri atau suami curang adalah antara punca mengapa sesebuah rumah tangga musnah. Ada pasangan memilih untuk berlaku curang kerana tidak ada persefahaman atau nafsunya tidak dapat dipuaskan sepenuhnya. Itu antara sebab-sebab yang sebenarnya banyak lagi kes-kes yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga.

Seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Ahmad mendedahkan kisah wanita-wanita berstatus isteri orang yang cuba menggoda doktor tampan ketika datang mendapatkan rawatan di klinik dan ketika tengah malam. Mungkin kita jarang-jarang mendengar kes sebegini tetapi ia benar-benar berlaku dan amat memalukan kerana yang berperangai jijik itu berstatus isteri orang.

Netizen yang membaca kisah ini berasa terkejut dan sangat malu dengan sikap wanita-wanita berstatus isteri itu. Nampaknya, wanita-wanita sekarang ini sudah terhakis sifat malu dan tidak pandai menjaga maruah diri dan suami.

Komen netizen ini ada betulnya. Kebiasaannya masyarakat memandang anak dara atau janda yang dituduh tergedik-gedik menggoda suami orang atau lelaki tampan tetapi amat melampau apabila isteri orang pun sudah tidak tahu malu.

Netizen melahirkan rasa kesal kerana ada sesetengah suami mengabaikan tanggung jawab menjaga isteri mereka sehingga isteri berani menggoda lelaki lain. Para suami dinasihatkan agar memerhatikan aktiviti dan cara pemakaian isteri agar ia tidak melampaui batas. Ada betulnya, para isteri sekarang berhias ketika berada di luar, sedangkan di hadapan suami punyalah selekeh.

Oleh itu, fahamilah maksud perkahwinan yang sebenar. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Jika ada masalah atau tiada persefahaman, carilah jalan penyelesaian yang betul agar masing-masing terhindar daripada maksiat. Bagaimanapun, keadaan ini hanya boleh dapat diatasi dengan kebijaksanaan suami dalam menjaga keperluan isterinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here