Kata Nak Beli 1 Barang Tapi Isteri Masuk Kedai Saka Keluar Nanti Berjinjit Beg!

0
1272
kedai

Wanita sering dikaitkan dengan tabiat suka membeli belah tidak kira di kedai biasa mahupun komplek beli belah. Sudah lumrah wanita, terutama apabila ada jualan murah atau untuk menyokong bisnes kawan. Berbelanja umpama satu terapi buat wanita, tetapi bukan bermakna mereka lupa diri dan boros. Ada sesetengah wanita, hanya teringatkan suami dan anak-anak ketika shopping.

Setiap apa barangan yang dibeli adalah untuk keluarganya. Sebagai suami yang baik, janganlah dihalang si isteri untuk shopping sekali-sekala. Reda dan anggaplah ia sebagai satu ganjaran yang anda berikan padanya atas segala pengorbanan yang pernah dia lakukan untuk anda.

kedai

Ikuti apa kata pendakwah bebas, Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat tentang sebab dan perbezaan bagi setiap wanita yang suka bershopping tidak kira di kedai atau shopping secara online.

Terdapat tiga kategori membeli-belah si isteri yang perlu suami ambil tahu:

APABILA ISTERI MASUK KE KEDAI UNTUK SHOPPING:

1. SHOPPING KEPERLUAN – Biasanya untuk beli barangan keperluan rumah dan untuk keluarga. Shopping yang ini mudah diterima suami dan tidak menimbulkan masalah.

2. SHOPPING AKSESORI – Saja-saja beli dan tidak mengikut keperluan. Kalau isteri shopping di kedai aksesori, jarang suami nak faham. Lumrahnya memang itulah fitrah wanita sukakan perhiasan manakala lelaki fitrahnya tidak begitu memerlukan perhiasan. Biasanya jika isteri beli barangan ini, akan ditegur oleh suami.

3. KEPUASAN FITRAH DIRI – Keadaan ini perlu suami fahami kerana dengan melayan isteri membeli-belah boleh membahagiakannya. Mereka akan terasa dihargai walaupun hanya berbelanja sedikit atau hanya window shopping dalam suasana yang membahagiakan.

Suami Atau Isteri, Fahami Nasihat Ini

ISTERI

  • Rujuk pada suami secara rasional untuk berbelanja. Elak keluarga dengan kawan-kawan kerana wanita cenderung untuk berbelanja boros tanpa kawalan.
  • Berbelanja sudah menjadi tuntutan fitrah dan sebagai terapi yang membahagiakan. Tetapi seeloknya keluarlah dengan suami.
  • Sebaik-baiknya aturkan jadual untuk bershopping sama ada di kedai mahupun belian online. Contohnya, mungkin boleh keluar ‘belanja besar’ dua kali sebulan dengan bajet tertentu.
  • Memang sifat wanita suka belikan barang untuk orang yang mereka sayangi, tetapi sebolehnya elakkan daripada membuatkan suami terasa tidak dihormati kerana berbelanja tanpa kebenarannya.

SUAMI

  • Fahami fitrah kewanitaan isteri dan temani dia ketika membeli-belah. Tidak semestinya keluar duit isteri bahagia, kadang-kadang cara anda melayani mereka juga boleh buat isteri bahagia.
  • Layankan keinginan mereka untuk bershopping, tetapi kawal keinginan mereka dengan cara yang tidak menyakitkan hati dia.
  • Temani isteri shopping, raikan sebahagia fitrahnya dan nasihatlah dengan positif.
  • Belikan sesuatu yang istimewa untuk isteri untuk meraikannya, mana tahu dapat bantu mengurangkan tabiat suka membeli-belahnya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here